Semua perolehan kerajaan mesti dilihat dalam konteks strategi DIPN – Anwar

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SEMUA perolehan kerajaan pada masa kini mesti dilihat dalam konteks strategi Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN), diputuskan cara telus dan mengelak daripada apa juga kemungkinan kecurangan berlaku.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor pertahanan negara termasuk angkatan bersenjata dan angkatan tentera harus sentiasa ingat tentang strategi menjamin keamanan negara dengan kesiapsiagaan.

Tegas beliau, amalan lama yang merosakkan industri dan negara tidak lagi boleh diteruskan.

“DIPN yang kita luncurkan pada pagi ini bagi saya itu perkembangan yang sangat mendesak. Sebab itu, saya tegaskan semula berdasarkan tonggak yang saya umumkan dan juga yang dicerakin berikutnya oleh Menteri Pertahanan.

“Pembekuan ini diteruskan di Kementerian Pertahanan dan saya nak selaraskan juga di Kementerian Dalam Negeri (KDN), kerana beberapa
persamaan ataupun agensi-agensi lain yang terlibat, dan harus melalui, sebelum apa-apa perubahan dibuat, Menteri Kewangan II pun ada, itu melalui DIPN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran DIPN di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC),hari ini.

Turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalannya, Adly Zahari; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Datuk Azhan Md Othman.

Baca juga: Darjah Satu seawal usia 6 tahun, prasekolah lima tahun bermula 2027 – Anwar

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Iran hargai pendirian konsisten Malaysia sokong perjuangan umat Islam

IRAN menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia atas pendirian yang konsisten dalam menyuarakan sokongan terhadap perjuangan umat Islam. Penghargaan itu dinyatakan...

More Articles Like This