DUA maut manakala seorang lagi parah selepas dirempuh sebuah kereta jenis Mercedes di KM 11.9 Lebuhraya Persekutuan, Shah Alam, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, kejadian berlaku pada jam 4.20 pagi itu melibatkan empat warga tempatan iaitu seorang lelaki berusia 31 tahun yang memandu Mercedes dan tiga orang awam yang berada di kawasan kemalangan.
Jelas beliau, kemalangan berpunca daripada satu kemalangan awal diantara sebuah kereta jenis Honda HRV yang telah melanggar belakang sebuah kereta jenis Proton Suprima di lorong paling kanan.
Katanya, Honda HRV itu dipandu oleh seorang lelaki berusia 50-an bersama seorang penumpang wanita berumur awal 50 tahun manakala Proton Suprima tersebut dipandu oleh seorang wanita berusia 20-an.
“Ketiga-tiga mereka telah keluar dari kenderaan dan berada di lorong tersebut di antara kedua-dua kenderaan terlibat, lalu datang sebuah kereta Mercedes yang dipandu seorang lelaki tidak sempat mengelak lalu merempuh Proton Suprima serta tiga orang tersebut.
“Kemalangan itu telah mengakibatkan pemandu dan penumpang Honda HRV maut di tempat kejadian manakala pemandu Proton Suprima serta pemandu Mercedes mengalami kecederaan parah dan dirawat di Hospital Shah Alam.
“Punca kematian dikenalpasti head and body injury due to motor vehicle accident,” katanya dalam kenyataan.
Baca juga: Pemandu, kelindan treler maut akibat tercampak ke bawah lebuhraya
Mengulas lanjut, Ramsay berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau berkata, mangsa yang maut hanya kawan dan bukan suami isteri.
Menurut Ramsay, polis masih menunggu keputusan laporan sampel darah dan air kencing pemandu Mercedes.
“Pemandu Mercedes mendapat kecederaan parah ( patah kaki ) dan masih di hospital,” ujarnya.
Katanya, mana-mana saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke harapan bagi membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Najib Abdul Rahman di talian (019-7757354).
Beliau juga mengingatkan orang ramai untuk tidak berada di atas jalan, terutamanya di lorong paling laju atau mencari tempat yang selamat untuk berhenti jika berlaku kemalangan di lebuhraya atau jalan-jalan utama.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

