TIGA individu termasuk dua orang kanak-kanak cedera ringan selepas dilanggar kereta jenis Perodua Myvi yang tidak sengaja tertekan pedal minyak di Dataran Pasir Gudang, malam Khamis lalu.
Kejadian tersebut turut tular di media sosial di mana video berdurasi 18 saat memaparkan seorang kanak-kanak terbaring sambil dipangku seorang wanita.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak memaklumkan, kejadian kira-kira pukul 9.45 malam itu melibatkan seorang wanita berusia 25 tahun bersama dua kanak-kanak yang juga anak perempuannya masing-masing berumur tujuh dan empat tahun.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati, kesemua mangsa berada di hadapan kereta Perodua Myvi milik ahli keluarga ketika kejadian tersebut berlaku.
“Pemandu kenderaan iaitu seorang wanita berumur 28 tahun yang merupakan saudara kepada mangsa telah menghidupkan enjin kereta.
“Wanita itu kemudiannya secara tidak sengaja telah tertekan pedal minyak menyebabkan kenderaan bergerak ke hadapan lalu terlanggar semua mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel lain: Operator menara kren maut ketika bertugas pada ketinggian 45 meter
Telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail, dibenar pulang ke rumah
Mengulas lanjut, Mohd Sohaimi memberitahu, ketiga-tiga mangsa mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk menerima rawatan lanjut.
Katanya, kesemua mangsa kemudiannya telah dibenarkan pulang ke rumah pada hari yang sama setelah dirawat.
“Siasatan dijalankan di bawah Peraturan 10, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.
“Pihak polis menasihatkan orang ramai sentiasa amalkan sikap bersabar, waspada dan berhati-hati ketika menggunakan kenderaan.
“Patuhi peraturan atau undang-undang jalan raya dan kod lalu lintas. Sebarang maklumat daripada saksi boleh disalurkan kepada pihak polis di talian 07-3864222 bagi membantu siasatan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

