Penuntut universiti maut, rakan cedera Myvi hilang kawalan dilanggar lori di Rawang

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG penuntut universiti maut selepas kereta jenis Perodua Myvi dipandunya hilang kawalan sebelum dilanggar sebuah lori di persimpangan lampu isyarat Taman Sari, Rawang menghala ke Country Homes, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ibrahim Husin memaklumkan, kejadian kira-kira pukul 2.25 petang itu mengakibatkan mangsa berusia 18 tahun maut di tempat kejadian.

Pada masa sama, kata beliau, seorang penumpang Myvi yang juga berusia 18 tahun turut cedera.

Menurut Ibrahim, siasatan awal mendapati Myvi yang dipandu magsa dipercayai telah hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan.

“Kenderaan itu kemudiannya telah dirempuh sebuah lori jenis Volvo yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat kemalangan itu, pemandu kereta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Sungai Buloh,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.

Beliau memberitahu, penumpang yang mengalami kecederaan itu telah dibawa ke klinik berhampiran untuk menerima rawatan manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kedua-dua mangsa yang berada dalam Perodua Myvi adalah penuntut sebuah universiti swasta. Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Ibrahim meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan kemalangan ini menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Rathana Kumar Vardaraju di talian 017-7745565 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-6126 2222 bagi membantu siasatan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tunku Zain Al-‘Abidin dimasyhurkan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

YANG Dipertuan besar Negeri Sembilan, Tunku Muhriz Tuanku Munawir berkenan memasyhurkan putera keduanya, Tunku Zain Al-'Abidin sebagai Tunku Panglima...

More Articles Like This