Qhiam Raya 2026, bukan sekadar berfesyen sakan. Takfir semula tradisi dan gaya hidup moden. Kekalkan Noh Salleh sebagai duta

Dari Penulis

Dalam landskap fesyen raya tempatan yang semakin hangat, Qhiam terus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama yang konsisten mengangkat nilai tradisi, kekeluargaan dan sentuhan moden.

Menyambut musim perayaan 2026, Qhiam tampil dengan koleksi terbaharu yang bukan sekadar soal busana, tetapi sebuah naratif tentang kebersamaan, identiti dan gaya hidup kontemporari masyarakat hari ini.

Jelas wakil Qhiam, Koleksi Raya 2026 menjadi penanda aras baharu buat Qhiam apabila jenama ini memperluaskan kehadiran fizikalnya dengan pembukaan showroom pertama di Shah Alam, diikuti kedai baharu di Bangi, serta perancangan pembukaan lokasi seterusnya di IOI City Mall, Putrajaya.

“Langkah ini dilihat sebagai komitmen jangka panjang Qhiam untuk mendekatkan rekaan mereka kepada pelanggan setia, selari dengan perkembangan gaya hidup moden yang mementingkan pengalaman bersemuka dan sentuhan peribadi.

“Dengan Qhiam Raya 2026, kami ingin meraikan keluarga, tradisi dan gaya moden. Pembukaan showroom baharu dan pengembangan koleksi untuk setiap ahli keluarga adalah usaha kami untuk menjadikan Raya satu pengalaman yang lebih bermakna,” katanya.

Dari segi rekaan, koleksi Galur tahun ini tampil dengan fabrik yang lebih ringan namun tetap mengekalkan kualiti premium. Potongan kemas dan siluet bersih menjadikan koleksi ini praktikal untuk dipakai sepanjang hari, tanpa mengorbankan elemen gaya.

Sementara itu, koleksi Kurta Teman diperbaharui dengan enam rekaan serta fabrik baharu, memadukan estetika moden dengan sentuhan tradisi yang kekal relevan.

Tidak ketinggalan, Qhiam turut memperkenalkan Artisan Teras Collection, sebuah penghormatan kepada seni jahitan Melayu klasik. Koleksi ini menampilkan perincian pesak, kolar teluk belanga dan lengan tiga suku, diperbuat daripada fabrik campuran kapas-linen yang mewah.

Kehadiran Amy Search sebagai wajah koleksi ini memberi dimensi tersendiri, melambangkan keteguhan karakter, keaslian dan nilai seni yang merentas generasi.

Bagi melengkapkan keseluruhan gaya Raya 2026, Qhiam turut memperkenalkan sembilan rekaan samping eksklusif dengan sentuhan kontemporari, direka khas untuk disesuaikan dengan koleksi utama tahun ini.

Dalam masa yang sama, jenama adik Qhiam, Sendja, yang memfokuskan gadis muda, hadir dengan 13 rekaan baharu. Koleksi Sendja menampilkan gaya moden, segar dan serba boleh, sesuai untuk pelbagai suasana daripada kunjungan santai hingga majlis formal. Penekanan diberikan kepada keselesaan, fabrik berkualiti serta fleksibiliti gaya, membolehkan generasi muda mengekspresikan personaliti mereka tanpa mengetepikan elemen tradisi Melayu.

Untuk tahun kedua berturut-turut, figura seni tersohor Noh Salleh kembali dipilih sebagai wajah utama Qhiam. Pemilihan ini mencerminkan keaslian dan semangat kekeluargaan yang menjadi DNA jenama tersebut.

Melalui koleksi Nohstalgia Galur 2026, Qhiam mengetengahkan konsep busana berpasangan untuk seisi keluarga daripada lelaki dewasa, wanita dewasa dan kanak-kanak yang menekankan keindahan kebersamaan di pagi Syawal.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lebih 14,900 penerima di enam negara nikmati manfaat Program Ihsan Korban

Semangat pengorbanan Aidiladha terus diterjemahkan melalui misi kemanusiaan apabila Pertubuhan Ihsanku Malaysia (Ihsanku) berjaya menyantuni lebih 14,900 penerima di...

More Articles Like This