MPAJ kekalkan kejuaraan APPC buat lima penggal berturut

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MAJLIS Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) berjaya mengekalkan kedudukan sebagai johan Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor tahun 2025.

MPAJ dalam kenyataan memaklumkan, kejuaraan bagi kluster pihak berkuasa tempatan (PBT) itu merupakan kejayaan buat lima penggal berturut-turut.

Menurut MPAJ, pengiktirafan berprestij itu telah diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sempena Majlis Amanat Tahun Baharu 2026, semalam.

Katanya, kejayaan itu turut diraikan Timbalan Yang Dipertua MPAJ, Hasrolnizam Shari bersama barisan ahli majlis, pengurusan tertinggi, pegawai dan kakitangan MPAJ.

“Kejayaan ini meneruskan rekod kecemerlangan MPAJ selepas memenangi anugerah yang sama pada tahun 2015, 2018, 2020, 2023 dan terkini 2025.

Baca artikel lain: MPAJ terima kunjungan hormat UtusanTV

“Ia menjadi bukti konsistensi berterusan MPAJ dalam aspek pengurusan pejabat dan pentadbiran,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, MPAJ menyifatkan kejayaan itu bukan sekadar satu pengiktirafan tetapi juga mencerminkan kecekalan, disiplin dan budaya kerja cemerlang yang diterapkan secara konsisten dalam tadbir urus dan pengurusan MPAJ.

PBT itu menjelaskan, ia juga selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri Selangor.

“MPAJ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga kerja MPAJ atas dedikasi dan komitmen yang tidak berbelah bahagi serta warga Ampang Jaya atas sokongan berterusan.

“Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus Memacu Transformasi Ampang Jaya ke Arah Bandar Digital Berdaya Huni Melalui Tadbir Urus Cekap dan Teknologi Pintar Menjelang Tahun 2030,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tentera Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama hadapi ancaman baharu

SERAMAI 719 anggota keselamatan dan agensi berkaitan dari Malaysia serta Indonesia menyertai Latihan Gabungan Bersama Malaysia-Indonesia Darat Samudera Angkasa...

More Articles Like This