Tiada ujian diagnostik bagi murid 6 tahun masuk Tahun 1 – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN bersetuju tidak melaksanakan ujian saringan diagnostik bagi menentukan kelayakan kemasukan murid berusia enam tahun ke Tahun 1.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek telah meneliti supaya ujian diagnostik itu ditiadakan.

Beliau berkata, kerajaan sebelum ini melihat supaya ada sedikit penilaian bagi memastikan anak-anak itu mempunyai kelayakan masuk ke Tahun 1 pada usia enam tahun.

“Saya nak tekankan di sini cadangan awal (ujian diagnostik) itu baik sebab ada satu sistem penilaian sebelum anak masuk ke sekolah… tetapi difikirkan nanti ia jadi diskriminatif.

“Maknanya, ada anak-anak ini nak masuk darjah satu, prasekolah, (dikatakan) tidak layak, dia kurang cerdik dan sebagainya. Mungkin ada kesan psikologi.

“Oleh itu, ditiadakan. Itulah cadangan Menteri Pendidikan dan saya setuju ditiadakan dan dipermudahkan,” katanya ketika Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Baca artikel lain: Usia 6 tahun masuk Tahun 1: Negara tak boleh ketinggalan, kata PM

Beliau berkata demikian menjawab soalan Syed Saddiq Syed Rahman (MUDA-Muar) mengenai kebimbangan nasib murid yang tidak melepasi kelayakan ujian diagnostik hingga mereka akan keciciran pembejaran.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, kelayakan anak-anak untuk memasuki Tahun 1 berada di bawah tanggungjawab guru dan ibu bapa bagi memantau tahap perkembangan pembelajaran.

“Saya fikir oleh kerana dimulakan di prasekolah. Itu ada kebijaksanaannya kerana ia beri ruang kepada kita untuk menilai selama setahun.

“Begitu juga tentang ujian pada Tahun 4, ada sistem penilaian untuk membolehkan kita bersedia sekurang-kurangnya dua tahun sebelum memasuki Tingkatan 1.

“Namun begitu, biasalah, apa sahaja peringkat penilaian tidak terkecuali dan mengundang kontroversi seperti ambil peperiksaan darjah tiga salah, darjah empat salah, darjah enam salah, tidak buat langsung pun salah,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki rakyat Malaysia cedera terkena letupan bom di Tak Bai

DUA lelaki warga Malaysia dilaporkan cedera selepas terkena letupan bom dalam satu kejadian di Lebuhraya 42, Kampung Phrai Wan,...

More Articles Like This