Selepas 22 hari dirawat, Tun Mahathir keluar sebentar nikmati coklat ais

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SELEPAS 22 hari dirawat di Institut Jantung Negara (IJN), Tun Dr Mahathir Mohamad keluar sebentar bagi menikmati segelas coklat ais di sebuah pusat beli-belah di Damansara.

Setiausaha Akhbar Dr Mahathir, Sufi Yusoff dalam kenyataan memaklumkan, bekas Perdana Menteri itu dibawa oleh pegawai-pegawai perubatan IJN ke sebuah kafe yang terletak dalam pusat beli-belah itu.

“Dr Mahathir memilih untuk menikmati segelas air coklat ais.

“Ia merupakan sesi outing pertamanya sejak dimasukkan ke IJN pada 6 Januari bagi rawatan dan pemulihan selepas terjatuh di kediamannya di The Mines yang mengakibatkan tulang pinggul kanan beliau patah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan di Facebook, Dr Mahathir dilihat memakai baju kemeja berwarna biru dan berkain pelikat.

Beliau dilihat duduk di atas kerusi roda ditemani beberapa pegawai dan pengiring keselamatan.

Baca artikel lain: Tun Dr Mahathir dimasukkan ke IJN kerana terjatuh di rumah

Luangkan masa selama 40 minit

Mengulas lanjut, Sufi memberitahu, Dr Mahathir telah ditemani isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Prof Datuk Seri Dr Mohamed Ezani Md Taib serta pegawai-pegawai perubatan dari IJN.

Katanya, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu telah meluangkan masa selama 40 minit di kafe tersebut.

“Dr Mahathir kemudiannya dibawa semula ke IJN.

“Beliau masih belum dibenarkan pulang ke rumah dan akan terus menerima rawatan di IJN. Lawatan masih lagi terhad kepada keluarga terdekat,” katanya.

Sebelum ini, Dr Mahathir dilapor masih menerima rawatan fisioterapi tanpa pembedahan selepas disahkan mengalami patah tulang pinggul kanan.

Proses pemulihan secara fisioterapi itu dijangka mengambil masa yang agak panjang.

Negarawan berusia 100 tahun itu dimasukkan ke IJN pada 6 Januari lalu selepas dilapor terjatuh di kediamannya di The Mines, Seri Kembangan.

Beliau kemudiannya menjalani rawatan fisioterapi tanpa pembedahan setelah perbincangan bersama doktor pakar IJN, Hospital Canselor Tuanku Muhriz dan Hospital Kuala Lumpur.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This