Malaysia perlu berhati-hati hubungan dengan AS, kata Dr Mahathir

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MALAYSIA perlu lebih berhati-hati dalam hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) lebih-lebih lagi dalam penggal kedua pentadbiran Presiden Donald Trump, ketika ini.

Amaran itu dinyatakan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Ia susulan tindakan Trump yang ‘bertikam lidah’ dengan rakan sejawatannya dari Ukraine, Volodymyr Zelenskyy ketika pertemuan di Rumah Putih, baru-baru ini.

Menurut Dr Mahathir, insiden antara Trump dengan Zelenskyy itu menggambarkan keburukan diplomasi AS.

Beliau berkata, buat pertama kali dalam sejarah diplomasi apabila ‘tuan rumah’ meminta seorang pemimpin utama negara meninggalkan majlis yang dihoskannya.

“Itu yang berlaku kepada Zelenskyy ketika pertemuan dengan Trump di Pejabat Oval, Rumah Putih.

“Peristiwa ini menggambarkan keburukan diplomasi AS. Kita perlu berhati-hati dalam hubungan kita dengan AS,” katanya dalam hantaran tersebut.

Baca artikel lain: Rakaman keterangan Ismail Sabri ditangguh atas faktor kesihatan – SPRM

Media antarabangsa sebelum ini melaporkan, pertemuan antara Zelensky dan Trump di Rumah Putih berakhir dengan ketegangan apabila kedua-dua pemimpin itu saling bertikam lidah secara terbuka mengenai konflik Ukraine-Rusia.

Pertemuan yang diadakan pada Jumaat lalu itu bertujuan untuk memperkukuh sokongan AS terhadap Ukraine dalam menghadapi pencerobohan Rusia yang berlaku tiga tahun lalu.

Namun, suasana bertukar tegang apabila Trump secara terbuka mempersoalkan pendirian Zelensky dalam rundingan damai.

Bagaimanapun, Zelenskyy meluahkan rasa kesal atas pertelingkahannya dengan Trump.

Dalam masa sama, beliau menegaskan, kesediaan Ukraine untuk memberikan komitmen terhadap mencapai keamanan sambil memberitahu: “Tiada siapa di antara kita yang mahukan perang yang berpanjangan.”

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Korban bot karam selesai dikebumi, polis buru dalang penyeludupan migran

KESEMUA 27 jenazah warga Myanmar etnik Rohingya yang ditemukan dalam tragedi bot karam di perairan Langkawi selamat dikebumikan...

More Articles Like This