Dikecam isu tekanan kerja faktor terlibat LGBT: Zulkifli ajak teliti jawapan penuh

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEMUA pihak diminta merujuk dan meneliti jawapan bertulis penuh di Parlimen yang disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berhubung isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), kelmarin.

Zulkifli dalam kenyataan turut mengajak orang ramai untuk sama-sama memberikan penekanan terhadap keperluan bertabayyun.

Menurut beliau, ia penting bagi mendapatkan maklumat yang betul dan merujuk kepada sumber yang sahih dengan konteks yang tepat dan menyeluruh.

“Saya berterima kasih kepada khalayak yang berminat dengan jawapan bertulis saya di Parlimen tempoh hari mengenai faktor keterlibatan gejala LGBT.

“Saya menegaskan bahawa Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menolak normalisasi LGBT kerana bercanggah dengan agama, moral dan nilai masyarakat,” katanya dalam kenyataan.

Jawapan bertulis penuh Zulkifli boleh dilihat di sini: https://www.parlimen.gov.my/jawapan-lisan-dr.html?uweb=dr

Semalam, Zulkifli menerima kritikan daripada pengguna sosial media susulan jawapan bertulisnya di Parlimen mengenai isu tekanan kerja mungkin menjadi antara punca yang mendorong seseorang individu terbabit LGBT.

Baca artikel lain: Waspada iklan, tawaran badal haji – Menteri Agama

Beliau menjawab soalan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN–Rantau Panjang) yang meminta Perdana Menteri memberikan data dan statistik terkini mengenai trend berkaitan isu LGBT di Malaysia, termasuk pecahan peratusan dan kumpulan umur yang terlibat, serta komposisi etnik berdasarkan kajian nasional atau laporan agensi berkaitan, serta faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan kes LGBT di negara ini.

Pelbagai faktor mempengaruhi termasuk tekanan kerja – berdasarkan kajian 2017

Ketika menjawab soalan itu, Zulkifli menyifatkan pelbagai faktor mempengaruhi keterlibatan seseorang dalam gaya hidup LGBT termasuk menghadapi tekanan kerja.

Beliau berkata, ia merujuk kepada sebuah kajian tahun 2017 bahawa pengaruh sosial, pengalaman seksual dan faktor peribadi lain turut mempengaruhi seseorang terbabit dengan LGBT.

Menurutnya, kajian ini menekankan bahawa gabungan elemen itu boleh menyumbang kepada perkembangan tindakan LGBT.

“Melihat kajian terdahulu, dapat disimpulkan bahawa keluarga, persekitaran sosial dan kekurangan penghayatan agama adalah faktor utama yang mempengaruhi gejala LGBT.

“Orientasi dan perlakuan seksual seseorang dipengaruhi secara ketara oleh keluarga, persekitaran yang tidak menyokong dan tahap pemahaman dan amalan agama yang rendah,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tunku Zain Al-‘Abidin dimasyhurkan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

YANG Dipertuan besar Negeri Sembilan, Tunku Muhriz Tuanku Munawir berkenan memasyhurkan putera keduanya, Tunku Zain Al-'Abidin sebagai Tunku Panglima...

More Articles Like This