MAJLIS Perbandaran Kajang (MPKj) menegaskan tidak menerima sebarang permohonan, kelulusan atau kebenaran penganjuran aktiviti berunsur lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) atau bercanggah norma masyarakat.
MPKj turut menjelaskan pihaknya tidak menyokong dan tak akan berkompromi terhadap sebarang penganjuran aktiviti tidak bermoral, bertentangan dengan nilai kemasyarakatan serta berpotensi menjejaskan keharmonian.
“MPKj ingin menegaskan bahawa sebarang penganjuran program atau aktiviti awam di kawasan pentadbiran MPKj adalah tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa.
“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan, undang-undang serta garis panduan yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Baca artikel lain: Syarikat bas terbabit kemalangan serius boleh digantung operasi – Loke
Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan tidak menyebarkan maklumat tak sahih dan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa.
Sebelum ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Mufti Selangor mengambil tindakan tegas terhadap sebarang aktiviti yang membabitkan gaya hidup songsang.
Pengerusi MAIS, Datuk Salehuddin Saidin dan Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir dalam kenyataan bersama berkata, baginda menzahirkan tentangan dan bantahan keras terhadap sebarang aktiviti songsang LGBT yang dianjurkan dalam negeri Selangor.
“Walaupun perbuatan itu melibatkan dosa individu dengan Allah SWT yang melangkaui batas fitrah, namun perbuatan ini boleh mengundang kemurkaan serta laknat daripada Allah SWT ke atas negeri ini.
“Sultan Selangor juga tidak berkenan sebarang bentuk penganjuran festival, perarakan, aktiviti, sambutan atau promosi gaya hidup songsang LGBT dalam mana-mana daerah di negeri ini.
“Disamping itu, baginda juga tidak berkenan sebarang penubuhan persatuan, kelab, pertubuhan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan LGBT di negeri Selangor,” kata kenyataan berkenaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram
FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

