Pesta Raya TVS warnai Aidilfitri 2026 dengan drama & program khas

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

STESEN penyiaran TVS terus mengorak langkah memperkukuh kedudukannya dalam industri penyiaran tempatan apabila memperkenalkan Pesta Raya TVS serta barisan kandungan istimewa sempena Hari Raya Aidilfitri 2026 termasuklah drama bersiri popular dan program khas untuk tontonan seisi keluarga.

Pengumuman tersebut dibuat menerusi Sidang Media Rancangan TVS 2026 yang berlangsung di ibu negara baru-baru ini sekali gus mencerminkan komitmen berterusan TVS dalam menyajikan kandungan berkualiti tinggi hasil kolaborasi strategik bersama penggiat seni dan kreatif tempatan.

Menurut Ketua Saluran TVS, Mohd Aizal Ibrahim, pengenalan kandungan baharu ini adalah sebahagian daripada strategi TVS untuk memastikan setiap program yang ditawarkan kekal segar, relevan dan dekat di hati penonton pelbagai lapisan masyarakat.

“TVS bukan sekadar hiburan, tetapi medium penceritaan yang mencerminkan realiti kehidupan, nilai kekeluargaan serta kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia,” katanya.

Antara tarikan utama yang diumumkan ialah kemunculan semula drama ikonik “Gerak Khas 2.0” yang bakal bersiaran mulai 23 April depan.

Diterajui Datuk Yusof Haslam, drama ini tampil dengan naratif lebih mencabar dan sarat aksi.

Turut diperkenalkan ialah drama “Siti in the City” yang akan menemui penonton bermula 21 April. Dibintangi Sweet Qismina, Adam Lee, Puteri Aisyah, Ameer Dawi, Sharifah Zarina dan Michelle Lungan, mengetengahkan kisah kehidupan urban moden dengan sentuhan realistik.

Drama “Halalkan Aku” pula bakal bersiaran pada Jun, menampilkan Nafiz Muaz, Aniq Durar, Jihaa Sham, Lana Nodin dan Nik Rifaie, yang mengupas konflik keluarga serta perkahwinan tanpa kerelaan.

TVS turut mempertaruhkan drama bersiri “Boneka” yang dibintangi barisan pelakon hebat seperti Atiq Azman, Marc Benji, Nafiez Zaidi, Lisdawati dan Fauzi Nawawi, selain drama “The Trap” lakonan Shaza Bae, Aidit Noh, Ali Reza dan Fian Ali yang mengetengahkan isu penipuan siber dan jenayah dalam talian.

Bagi memeriahkan lagi sambutan Syawal, Pesta Raya TVS akan diserikan dengan pelbagai program khas antaranya:

  • 3 Mak Dara Musim 2
  • Inspirasi Duniamu & Pesta Raya
  • Istimewa Anggun: Seri Aidilfitri
  • Filem pendek Raya: Raya Paling Epik
  • MV Raya Paling Epik

Ujar Mohd Aizal, kesemua program ini dirangka bagi mengukuhkan nilai kekeluargaan dan kebersamaan yang menjadi teras sambutan Aidilfitri.

“TVS komited untuk terus berperanan sebagai penyiar nasional yang dinamik dengan mempersembahkan kandungan tempatan berkualiti tinggi.

“Selain itu, pihak kami juga memperluas kerjasama industri serta memanfaatkan platform televisyen dan digital secara menyeluruh bagi memenuhi kehendak penonton masa kini,” jelasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kaki drama bersorak! Viu & iQIYI bergabung tenaga, tawar pakej langganan ‘dua dalam satu’

BERITA baik buat penggemar tegar naskhah dari rantau Asia! Dalam satu pengumuman yang menggegarkan industri hiburan digital serantau hari...

More Articles Like This