Lelaki mabuk buat gangguan sebabkan pergaduhan di kedai serbaneka

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TINDAKAN seorang lelaki dipercayai berada dalam keadaan mabuk yang membuat gangguan di sebuah kedai serbaneka menjadi punca berlakunya pergaduhan yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat memaklumkan, pihaknya telah menerima satu laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 3.26 petang semalam.

Menurut beliau, pengadu memberitahu bahawa seorang lelaki dipercayai berada dalam keadaan mabuk dan mengganggu pengadu sehingga menyebabkan pergaduhan.

“Polis juga turut mengesan satu video berkaitan insiden tersebut yang turut tular di media sosial.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan permohonan arahan meneruskan siasatan akan dibuat bagi tujuan siasatan lanjut.

“Suspek serta saksi yang terlibat akan dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Pemandu mabuk ditahan rempuh palang keselamatan Istana Negara

Dalam pada itu, Shamsudin turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak tepat dalam media sosial.

Katanya, orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak benar berhubung insiden tersebut.

“Saksi yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222.

“Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Muhamad Shahiren Ibrahim di talian 019-5693864 bagi membantu siasatan berhubung dengan kes ini,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial dua lelaki sedang bergelut di hadapan kaunter bayaran sambil disaksikan beberapa pelanggan lain yang merakam insiden berkenaan dalam kedai serbaneka.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This