Lelaki maut digilis treler selepas terjatuh dari motosikal

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG lelaki maut digilis sebuah treler selepas terjatuh dari motosikal yang ditunggang dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Meru/Jalan Salleh, Klang, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao memaklumkan, lelaki warga tempatan itu telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut beliau, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dalam kejadian kira-kira pukul 4.40 petang itu.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan itu melibatkan sebuah treler dan sebuah motosikal yang datang dari arah Meru menghala ke Klang.

“Motosikal berkenaan dipercayai cuba memotong treler di laluan sebelah kiri sebelum hilang kawalan.

Baca artikel lain: Lelaki warga Myanmar maut ditikam di kolam ikan dekat Tanjung Malim

“Penunggang motosikal itu kemudiannya telah terjatuh ke bahagian bawah treler dan telah digilis kenderaan berat itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Vijaya Rao memaklumkan, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau memberitahu, pemandu treler yang juga lelaki warga tempatan pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

Vijaya Rao turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Ahmad Fadzli di talian 017-5843 860 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa memandu secara berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Puad Zarkashi sah tidak pertahan DUN Rengit, beri laluan kepada pemimpin muda

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan...

More Articles Like This