RAJA Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan meluangkan masa beramah mesra dengan kumpulan pelancong di hadapan pintu masuk Istana Negara, hari ini.
Dalam hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Raja Zarith Sofiah berkenan turun daripada kenderaan untuk beramah mesra dengan pelancong-pelancong tersebut.
Menurut hantaran tersebut, Raja Permaisuri Agong sedang dalam keberangkatan pulang ke Johor Bahru.
Baca artikel lain: Agong berangkat pulang, akhiri lawatan khas di Saint Petersburg
Seri Paduka turut bersalaman dengan lebih 100 orang pelancong daripada pelbagai negara.
“Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah sewaktu dalam perjalanan keberangkatan pulang ke Johor Bahru hari ini telah berkenan meluangkan masa beramah mesra dengan kumpulan pelancong di Istana Negara.
“Seri Paduka Baginda meluangkan masa turun daripada kenderaan dan bersalaman bersama lebih 100 pelancong dari pelbagai negara di pintu masuk utama Istana Negara sebelum meneruskan perjalanan,” menurut hantaran tersebut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

