RAJA Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil bersempena Ulang Tahun Keputeraan Tunku Laksamana Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim di Istana Negara, hari ini.
Dalam hantaran menerusi laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Raja Zarith Sofiah menunaikan solat Asar secara berjemaah bersama pegawai pengurusan dan petugas di Surau Utama Istana Negara, sebelum bacaan Yasin dan tahlil diketuai Penolong Pegawai Agama Istana Negara Ustaz Razi Hassan.
“Seri Paduka Baginda turut meraikan kira-kira 30 pelajar tahfiz yang hadir bersama dalam majlis santapan selepas selesai tahlil,” menurut catatan itu.
Almarhum Tunku Abdul Jalil diputerakan pada 5 Julai 1990 dan mangkat pada 5 Disember 2015.
- BERNAMA
- Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
- Ikuti langkah ini:
- Langkah 1: Layari utusantv.com
- Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
- Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
- Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
- Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

