SEORANG kanak-kanak lelaki maut selepas dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) ketika melintas jalan di Jalan Paya Mengkuang, Alor Gajah petang semalam.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata, mangsa yang berusia lima tahun dilanggar ketika melintas jalan dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5.09 petang itu.
Jelasnya, MPV berkenaan dipandu oleh seorang lelaki berusia 64 tahun yang bekerja sebagai penyelia.
“Mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian kepala sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Masjid Tanah untuk mendapatkan rawatan.
“Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Baca artikel lain: Suspek tikam, tetak alami gangguan halusinasi sejak usia 18 tahun – Adik
Ahmad menambah, pemeriksaan mendapati terdapat kesan brek sepanjang lima meter di lokasi kejadian, selain kenderaan terlibat mengalami kerosakan di bahagian hadapan termasuk bonet.
“Saringan ujian air kencing terhadap pemandu MPV berkenaan telah dijalankan dan didapati negatif,” katanya lagi.
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Alor Gajah bagi tujuan bedah siasat dengan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.
Orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nurul Salina Rosli melalui talian 011-2543 5507 atau hadir ke balai polis berhampiran.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

