SEORANG lelaki nekad merempuh lima buah kenderaan dalam cubaan melarikan diri selepas dikejar pihak polis dalam satu kejadian di Jalan Datuk Wong Ah Jang, Kuantan, petang semalam.
Rakaman kejadian yang turut tular di media sosial memaparkan suspek terbabit melarikan diri selepas kereta dipandunya terhalang akibat kesesakan lalu lintas di lokasi berkenaan kira-kira pukul 3.15 petang.
Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, kejadian itu berlaku apabila pihaknya mengesan sebuah kenderaan disyaki mencurigakan dipandu dari arah Jalan Gambut ke kawasan Bandar Kuantan.
Baca: Polis siasat dakwaan kejadian buli di Kg Melayu Majidee, mangsa diminta tampil buat laporan
“Semasa usaha menahan dijalankan, kenderaan tersebut telah terbabit dalam kemalangan melibatkan lima buah kenderaan awam di Jalan Datuk Wang Ah Jang.
“Suspek telah berjaya ditahan oleh pihak polis tidak lama selepas kejadian. Tiada kecederaan dilaporkan melibatkan semua pemandu kenderaan awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau menambah, hasil pemeriksaan dan siasatan awal ke atas suspek telah membawa kepada rampasan berkaitan dadah selain kes disiasat mengikut Seksyen 39 (A) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sementara itu katanya, kes kemalangan jalan raya disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu melulu dan berbahaya.
“Pihak polis menegaskan bahawa tindakan yang diambil adalah selaras dengan undang-undang serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada pihak polis melakukan siasatan secara menyeluruh.
“Segala perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

