Tangkapan himpunan: Kerajaan tak kompromi libat isu keselamatan, kesejahteraan rakyat – Fahmi

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KERAJAAN sama sekali tidak akan berkompromi di atas apa juga perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada keselamatan serta kesejahteraan rakyat.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kerajaan tidak menghalang mana-mana pihak untuk bersuara namun adalah lebih baik sekiranya sebarang pertindihan diselesaikan mengikut jalur hukum.

“PM sudah beri mesej yang jelas, kita ada hak untuk berhimpun, kita ada hak untuk menyatakan pandangan menyuarakan apa yang terbuku di hati. Tapi tidak sekiranya ia boleh mencetus kegentaran awam.

“Mesej yang penting disampai ialah kita tidak akan berkompromi dalam apa-apa perkara yang mengganggu gugat keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya.

Baca artikel lain: Kempen Internet Selamat legasi jamin keselamatan pengguna pada masa hadapan – Fahmi

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan sambutan Hari Keselamatan Internet dan pelancaran Kempen Internet Selamat 2026, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai penahanan 19 individu termasuk penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) dalam perhimpunan berhampiran kompleks beli-belah Sogo, malam tadi.

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima pemakluman penganjuran himpunan daripada pihak penganjur terdiri daripada Gabungan Pendakwah Bebas dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata, pihak polis menerima sebanyak 131 laporan polis berhubung dengan perhimpunan itu.

Katanya, polis terkesan peserta perhimpunan seramai kira-kira 100 orang yang berhimpun untuk mendesak tindakan diambil ke atas pencerobohan pembinaan kuil haram dan susulan itu, polis menahan 19 orang terdiri 15 lelaki serta empat wanita termasuk Zamri Vinoth.

Justeru, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi menggesa semua pihak supaya tidak mengikut perasaan atau emosi ketika bertindak serta perlu mendahulukan kepentingan umum sebelum membuat sesuatu tindakan.

“Jangan bersikap vigilante mengambil tindakan atas perasaan sendiri. Sekiranya aduan dibuat dan undang-undang sedia ada terpakai, maka boleh diurus dengan baik,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This