INDEKS Persepsi Rasuah (CPI) 2025 menunjukkan Malaysia merekodkan peningkatan apabila berada di tangga ke-54 berbanding ke-57 pada tahun sebelumnya.
Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Raymon Ram berkata, negara turut mencatatkan skor 52 mata, meningkat daripada 50 mata pada tahun 2024 dan 2023.
Jelasnya, keputusan tersebut diperolehi berdasarkan 13 kajian serta penilaian pakar yang mengukur persepsi tahap rasuah sektor awam di 182 negara dan wilayah di seluruh dunia.
“(Indeks) menunjukkan peningkatan sederhana tetapi memberangsangkan berbanding tahun sebelumnya.
“Peningkatan ini juga membuktikan usaha pencegahan antirasuah, tindakan penguatkuasaan dan komitmen tadbir urus diiktiraf pada peringkat antarabangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Baca artikel lain: Ramanan raikan kejayaan pelajar Malaysia raih lebih 80 pingat pertandingan robotik dunia
Raymond berkata, faktor menyumbang kepada peningkatan skor termasuk pengenalan Akta Tanggungjawab Kewangan dan Fiskal 2023 serta pindaan Akta Audit 1957.
Selain itu, katanya, tindakan penguatkuasaan berterusan termasuk pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat turut menyumbang kepada peningkatan itu.
“Kebimbangan utama TI-M adalah risiko rasuah dalam perolehan kerajaan berskala besar dan berisiko tinggi jika kuasa budi bicara tidak diperketatkan serta pemantauan bebas tidak diinstitusikan sepenuhnya.
“Peningkatan awal CPI harus dilihat sebagai isyarat potensi, bukan perubahan sistemik. Tanpa pelaksanaan berkesan, retorik dan komitmen dasar akan kehilangan kredibiliti,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

