Ramanan raikan kejayaan pelajar Malaysia raih lebih 80 pingat pertandingan robotik dunia

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SERAMAI 24 pelajar dari 13 buah sekolah yang mewakili Malaysia dalam Pertandingan Robotik Dunia (WRG) 2025 diraikan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan di Parlimen, hari ini.

Kesemua pelajar itu berjaya meraih lebih 80 pingat dalam pertandingan robotik serta sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) bertaraf antarabangsa tersebut.

Kejayaan itu sekali gus mengharumkan nama negara di peringkat global.

WRG yang merupakan antara platform robotik dan STEM terbesar dunia menghimpunkan lebih 1,000 peserta dari 10 negara, termasuk Taiwan, Jepun, Korea Selatan, India, Indonesia, Thailand, Vietnam, Filipina, Singapura dan Malaysia.

Ramanan berkata, setiap pelajar Malaysia berjaya membawa pulang sekurang-kurangnya satu pingat, sekali gus mencatatkan pencapaian lebih baik berbanding penyertaan tahun sebelumnya.

Baca artikel lain: Pemeteraian 11 MoU dengan India kukuh kedudukan Malaysia sebagai rakan strategik – Ramanan

“Saya berasa amat bangga dengan pencapaian cemerlang pelajar-pelajar kita yang berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Ahli Parlimen Sungai Buloh itu berkata antara peserta yang mencuri tumpuan ialah K. Sachein, 13 tahun, yang telah terlibat dalam pembinaan, pengekodan dan ‘debugging’ robot sejak berusia lima tahun, dengan kejayaan yang diraih hasil latihan berterusan selama lapan tahun.

Menurut Ramanan, kejayaan tersebut mencerminkan komitmen tinggi para pelajar serta kekuatan pendidikan STEM yang semakin berkembang di negara ini, dan membuktikan pelajar Malaysia berupaya bersaing di peringkat antarabangsa apabila diberikan pendedahan dan latihan yang berterusan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hadi sahkan pertemuan pemimpin Pas dan UMNO, beri bayangan penyatuan parti politik Melayu

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan berlaku pertemuan antara pemimpin parti itu dengan UMNO, malam tadi. Ia susulan...

More Articles Like This