INDUSTRI kecantikan tempatan menyaksikan satu revolusi besar apabila jenama penjagaan kulit terkemuka, Arora Beauty Spa, melakar sejarah dengan melancarkan lima cawangan secara serentak di seluruh Malaysia, baru-baru ini.
Langkah berani ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan Arora dalam pasaran, malah membuktikan komitmen mereka dalam menawarkan rawatan wajah profesional bertaraf antarabangsa kepada rakyat Malaysia pada harga yang realistik.
Lima cawangan baharu yang dibuka meliputi kawasan Setia Alam, Ipoh, Seri Manjung, Seberang Jaya, dan Cyberjaya.

Melalui pembukaan ini, pelanggan kini mempunyai akses lebih dekat untuk merasai sendiri kualiti produk dan kepakaran rawatan yang ditawarkan.
Pengasas Arora Skincare, Shahirra Shahrul Asmawi, menyifatkan pencapaian ini sebagai satu anjakan paradigma buat jenama tersebut.
“Kita ada lima buah cawangan antaranya Setia Alam, Ipoh, Seri Manjung, Seberang Jaya, dan Cyberjaya.

“Para pelanggan berpeluang mencuba dan merasai tekstur produk di samping membuat analisis kulit wajah serta rawatan spa,” katanya.
Arora sebelum ini sudah mempunyai reputasi kukuh melalui rangkaian produk seperti ampoule, sabun pencuci, dan pelindung matahari (sunscreen).
Namun, melalui Arora Beauty Spa, mereka membawa pengalaman tersebut ke tahap lebih tinggi dengan penggunaan teknologi Face Analyzer Machine.

Menurut Shahirra, kualiti produk mereka adalah hasil daripada kajian dan ujian makmal (R&D) yang mendalam menggunakan bahan semulajadi.
“Produk kami keseluruhannya menggunakan bahan-bahan semulajadi yang telah melalui kajian dan ujian makmal (R&D) bagi memastikan keberkesanan dan selamat digunakan,” ulasnya.

Satu perkara yang membezakan spa berkenaan dengan pusat kecantikan lain adalah konsep kebebasan memilih.
Shahirra menegaskan bahawa pihaknya mahu memecah tradisi ‘pakej mahal’ yang sering menghantui pelanggan spa.

Pelanggan diberikan pilihan servis berdasarkan keperluan kulit dan bajet masing-masing tanpa perlu merasa tertekan dengan kontrak atau pakej yang membebankan.
Kehebatan teknologi dan keberkesanan Arora turut mendapat pujian daripada pelakon popular, Izara Aishah, serta pempengaruh perubatan, Dr. Muhamad Hazwan Nazri (Dr1 Share) yang hadir memeriahkan majlis.

Izara menyifatkan kualiti rawatan di Arora setanding dengan standard luar negara.
Tidak berhenti di pasaran tempatan, Arora kini sedang merangka strategi untuk menembusi pasaran antarabangsa termasuk Singapura, Brunei, Indonesia, dan Nigeria.

Sempena meraikan kejayaan pembukaan lima cawangan ini, Arora Beauty Spa menawarkan baucer eksklusif bernilai RM175 untuk 100 pelanggan pertama di setiap cawangan.
Tawaran ini sah sehingga 28 Februari 2026.
Bagi anda yang ingin merasai sendiri revolusi penjagaan kulit ini, maklumat lanjut boleh didapati melalui:
- Laman Web: aroraskincarehq.com.my
- WhatsApp: 017-993 7769

