85 peratus pesakit Tibi di Malaysia warga tempatan – Dr Dzulkefly

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

DATA dari Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan bahawa 85 peratus daripada kes tuberkulosis (Tibi) yang dilaporkan di negara ini melibatkan rakyat tempatan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, hanya 15 peratus melibatkan warga asing dan ini bermakna, risiko penularan dalam komuniti adalah nyata dan tidak boleh dipandang enteng.

“Mutakhir ini, timbul pelbagai persepsi yang mengaitkan penularan Tibi dengan kemasukan warga asing. Namun, fakta menunjukkan sebaliknya.

“Tibi bukanlah sekadar isu klinikal, ia boleh disebabkan oleh faktor sosio-ekonomi seperti kesesakan penempatan dan kekurangan zat makanan.

“Kuman Mycobacterium Tuberculosis ini sangat degil, namun berita baiknya, ia boleh dicegah, boleh dirawat dan boleh sembuh sepenuhnya jika dikesan awal,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Baca artikel lain: Usaha perangi rasuah perlu dilaksana tanpa kompromi – Agong

Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat agar cakna berkaitan gejala Tibi dan segera ke klinik jika batuk melebihi dua minggu, demam atau berpeluh waktu malam dan susut berat badan.

“Hentikan stigma: Jangan memulaukan pesakit. Sokongan emosi daripada keluarga dan komuniti adalah kunci utama untuk mereka melengkapkan rawatan.

“Langkah pencegahan: Pastikan anak-anak menerima imunisasi BCG dan amalkan gaya hidup sihat serta pengudaraan rumah yang baik,” katanya lagi.

KKM komited memperkasakan strategi ‘pengesanan aktif’ dan bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi menamatkan endemik Tibi di Malaysia.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This