Sinar Baharu Fesyen Hijab! Finn Hijab Perkenal Koleksi Arunika, Fokus Gaya Versatil Gen Z & Milenial

Dari Penulis

DALAM dunia fesyen yang semakin menekankan keselesaan tanpa mengorbankan gaya, Finn Hijab tampil dengan koleksi terbaharunya, Arunika, sebagai simbol sinar baharu buat generasi muda yang gemar bereksperimen dengan identiti dan penampilan diri.

Direka khas untuk memenuhi cita rasa Generasi Z dan Milenial, koleksi ini mengetengahkan rekaan ringkas, versatil serta mudah digayakan untuk rutin harian. 

Menurut pengasasnya, Eda Afinie Mohd Fauzi, Arunika bukan sekadar helaian fabrik, sebaliknya medium ekspresi diri yang mencerminkan keyakinan pemakai.

“Setiap rekaan dihasilkan dengan penuh teliti agar pemakai berasa selesa dan yakin. 

“Saya memilih material yang mudah dibentuk, tidak perlu digosok, namun tetap kemas dan cantik apabila digayakan,” katanya.

Menariknya, jenama itu turut memperluaskan konsep hijab sebagai aksesori fesyen universal yang tidak terhad kepada wanita berhijab sahaja.

Koleksi Arunika Leopard muncul antara pilihan paling laris, khususnya dalam kalangan pelancong asing yang tertarik dengan coraknya yang berani serta material cotton premium yang sejuk dan selesa.

Hadir dengan 28 pilihan warna dan rekaan, koleksi Arunika dibahagikan kepada empat rangkaian utama iaitu Arunika Plain yang menampilkan sentuhan minimalis elegan, Arunika Bunga dengan corak floral lembut dan feminin, Arunika Leopard untuk gaya ‘funky’ dan berani, serta Arunika Signature yang menyerlahkan identiti eksklusif jenama.

Berkongsi perjalanan jenama, Eda menjelaskan Finn Hijab bermula sebagai jenama kecantikan menerusi Finn Beauty pada 2023 sebelum berkembang ke dunia hijab setahun kemudian susulan sambutan positif pasaran.

Dengan gabungan rekaan moden, material berkualiti dan mesej yang dekat dengan jiwa generasi muda, Finn Hijab optimis koleksi Arunika mampu menjadi pilihan gaya harian yang menyeimbangkan fesyen, keselesaan dan nilai.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bokitta Alamanda berwajah baharu, berkonsepkan ‘Premium Lifestyle’

BOKITTA, jenama tudung Muslimah premium sememangnya terkenal dengan rekaannya yang moden dengan ciri eksklusif yang bebas pin, selesa dan...

More Articles Like This