Tiada lagi sinar, Bersatu kini di ambang kehancuran – Penganalisis

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEMELUT yang melanda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menyaksikan bekas Timbalan Presidennya, Datuk Seri Hamzah Zainudin dipecat membuatkan parti itu kini di ambang kehancuran.

Malah, Pengarah Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan UTM Kuala Lumpur, Prof Madya Dr Mazlan Ali berpandangan, tiada lagi sinar buat Bersatu kerana langkah memecat Hamzah itu dilihat kepada kemuncak krisis dalaman parti itu.

Beliau berkata, pemecatan Hamzah dilihat telah memakan diri dengan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah kehilangan sokongan majoriti dalam parti berkenaan.

Menurut Mazlan, ini kerana Hamzah yang juga Ketua Pembangkang mempunyai pengaruh agak besar dalam Bersatu.

“Sebagai tindak balas selepas dipecat, kita dapat lihat Hamzah telah menggerakkan penyokong beliau untuk terus menekan Muhyiddin.

“Sekarang ramai ahli-ahli dan pemimpin Bersatu telah membuat keputusan untuk keluar parti. Hamzah juga telah mendapat sokongan 19 Ahli Parlimen dan 118 Ketua Bahagian.

“Keadaan ini memang membuatkan Bersatu di ambang kehancuran sekiranya Muhyiddin terus kekal sebagai Presiden.

“Saya melihat Bersatu yang ada dengan Muhyiddin sebagai Presiden sekarang ini adalah Bersatu yang sangat lemah,” katanya kepada UtusanTV.

Baca artikel lain: ‘Reset’ demi masa hadapan negara yang lebih jelas – Hamzah

Minggu lalu, Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut, dipecat keahlian daripada Bersatu berkuat kuasa serta-merta selepas diputuskan Lembaga Disiplin seiring Fasal 22.5 perlembagaan parti.

Selain Hamzah, turut dipecat antaranya tiga Ahli Parlimen lain daripada Bersatu itu ialah Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Machang), Kapten Azahari Hasan (Padang Rengas) dan Fathul Huzir Ayob (Gerik).

Dua ADUN yang dipecat pula ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Zainol Fadzi Paharudin dan ADUN Bemban, Dr Mohd Yadzil Yaakub.

Sehari selepas pemecatannya itu, Hamzah menghadiri program Taklimat Hala Tuju dan Reset Politik yang turut dihadiri 19 Ahli Parlimen daripada Bersatu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hakim tak sihat, keputusan kes Syed Saddiq ditangguh 13 Julai

KEPUTUSAN rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung empat pertuduhan kes pecah...

More Articles Like This