‘Kita ini negara hukum’, PM tegaskan kegiatan agama, bina rumah ibadat mesti ikut peraturan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEMUA kegiatan agama termasuk aktiviti dakwah dan pembinaan mana-mana rumah ibadat perlu mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, negara ini mempunyai undang-undang yang mesti dipatuhi oleh setiap individu.

Beliau turut mengulangi pendiriannya berhubung isu rumah ibadat tanpa kelulusan dengan menyifatkan perlu berlandaskan peraturan.

Pada masa sama, Perdana Menteri menegaskan, kerajaan MADANI juga tidak menghalang mana-mana pihak untuk menjalankan kegiatan dakwah bagi menyebarkan Islam.

“Saya terlibat juga dalam kegiatan-kegiatan dakwah dahulu tapi kalau orang dakwah (itu) mengganggu lalu lintas, ikut peraturanlah.

“Buatlah dakwah, tiada sekatan sama sekali tetapi ikutlah peraturan, itu sahaja kita minta.

“Sepertimana kuil-kuil Hindu, sembahyang lah sebanyak mana dia nak, buatlah kuil (di) mana pun tapi ikut peraturan. Tak boleh pacak kuil atau berhala di mana-mana tempat (sesuka hati) sahaja,” katanya.

Baca artikel lain: PM panjat rasa syukur ditemukan kembali dengan bulan Ramadan

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama warga Kementerian Dalam Negeri (KDN), hari ini.

Anwar turut menyangkal dakwaan bahawa pembinaan surau juga dibuat di merata tempat dan tidak mengikut peraturan.

Beliau memberi contoh di Perak sebelum ini, ada surau yang pernah dirobohkan kerana melanggar peraturan.

“Ada yang jawab kata ‘Oh surau di mana-mana boleh buat’. Tak betul.

“Saya tahu dalam sejarah kita, surau di Perak pernah dirobohkan kerana melanggar peraturan. Jadi saya harap perkara ini sepatutnya kita selesaikan dengan baik.

“Kalau kita terus begini, negara takkan aman dan tak boleh tumpu soal pembangunan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hospital Melaka jadi penanda aras nasional, terima peruntukan khas RM1.6 juta

HOSPITAL Melaka akan dijadikan penanda aras mandatori bagi pelaksanaan model pengurusan hospital di seluruh negara susulan kejayaannya mengurangkan kesesakan...

More Articles Like This