SEORANG warga emas meninggal dunia ketika sedang mendirikan solat fardu Zohor secara berjemaah pada hari pertama Ramadan di Masjid Al-Khairiyah, Taman Seri Gombak, semalam.
Pemergian Allahyarham Alias Abd Ghani, 69, dimaklumkan dalam hantaran di Facebook Masjid Al-Khairiyah.
Masjid Al-Khairiyah dalam hantaran tersebut turut menyifatkan pemergian Alias sebagai satu kehilangan besar buat komuniti Taman Seri Gombak
“Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang reda lagi diredai-Nya.
“Telah berpulangnya Haji Alias bin Abd Ghani menemui Penciptanya tepat pada hari pertama Ramadan,” katanya dalam hantaran tersebut.
Baca artikel lain: Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid meninggal dunia pada usia 84 tahun
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang turut dikongsikan dalam hantaran tersebut, Allahyarham dilihat rebah secara tiba-tiba ketika memasuki satu rakaat solat ketika jemaah lain sedang rukuk.
Allahyarham dilihat terduduk dalam keadaan sujud sebelum seorang jemaah membatalkan solat dan segera membantu.
Dalam hantaran yang sama, Masjid Al-Khairiyah memberitahu solat jenazah buat Allahyarham Alias akan diadakan selepas solat Jumaat hari ini.
Selepas itu, katanya, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Bukit Permata, Gombak.
​”Semoga Allah mengganjari Allahyarham dengan syurga-Nya atas segala jasa baik dan amal ibadah yang dilakukan sepanjang hayatnya.
“Salam takziah daripada kami di Masjid Al-Khairiyah,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

