BEKAS Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dilapor meninggal dunia pada usia 84 tahun, hari ini.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dengan proses pengebumian dijangka selepas solat Asar.
Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Putrajaya, Presint 20.
Allahyarham yang dilahirkan pada 18 April 1942 dikenali atas sumbangan beliau dalam sistem kehakiman negara dan peranannya dalam memperkukuh integriti serta tadbir urus badan kehakiman Malaysia sepanjang kerjayanya.
Baca artikel lain: Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Abdul Hamid yang merupakan anak jati Kampung Permatang Tinggi Bakar Bata, Kepala Batas, Pulau Pinang menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Paya Keladi dan menengah di Sekolah St Mark Butterworth sebelum menyambung Tingkatan Enam di St. Xavier’s Institution, Pulau Pinang.
Beliau memperoleh ijazah perundangan dari Universiti Singapura pada 1969 telah memulakan kerjaya dalam perkhidmatan kehakiman sebagai majistret di Kangar, Perlis dan Tapah, Perak.
Abdul Hamid turut menyandang pelbagai jawatan penting termasuk Penolong Pengarah Biro Bantuan Guaman, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi dan Ketua Pendakwaan di Jabatan Peguam Negara.
Allahyarham dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 1 Mei 1990, Hakim Mahkamah Tinggi pada 1992, Hakim Mahkamah Rayuan pada 1 September 2000 dan Hakim Mahkamah Persekutuan pada 1 Ogos 2003.
Beliau dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada usia 65 tahun pada tahun 2007 sebelum bersara setahun kemudiannya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

