DATUK Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Menteri Besar Terengganu, dipilih sebagai Pengerusi baharu Perikatan Nasional (PN).
Perkara itu diputuskan oleh Majlis Tertinggi (MT) PN yang secara sebulat suara melantik Ahmad Samsuri, hari ini.
Nama Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas itu dicadangkan Presiden Pas sendiri, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Baca juga: Perikatan Nasional mahu ubah Sabah menjadi lebih baik – Dominic
Terdahulu, semua empat presiden parti komponen PN dilaporkan tiba di Ibu Pejabat Pas bagi menghadiri mesyuarat itu.
Selain Abdul Hadi, turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau; Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), P Punithan; dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tiba terakhir sekali.
Mesyuarat jam 2 petang dimulakan dengan pertemuan antara presiden parti sebelum disusuli kehadiran Ahli MT PN pada jam 3 petang.
Mesyuarat itu menjadi tumpuan susulan jangkaan perbincangan mengenai pelantikan Pengerusi baharu PN serta kemungkinan penentuan Ketua Pembangkang yang baharu di Parlimen.
Pada 30 Disember 2025, Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi PN, berkuat kuasa 1 Januari lalu, selepas mengetuai gabungan itu sejak 7 Ogos 2020.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

