Orang dulu-dulu, menggunakan acuan bahulu untuk membuat bingka kelapa yang dibakar menggunakan arang.
Adunannya pula sengaja tidak diratakan, agar bingka naik dan berkerak cantik. Penggunaan kelapa parut, mestilah yang segar untuk lebih rasa lemak dan berbau harum.
Boleh sahaja, jika bingka kelapa dihasilkan tidak menggunakan acuan, mengikut kreativiti tersendiri. Ini caranya… jom kita cuba!
BAHAN
500 gm tepung pulut
350 gm gula pasir
300 ml santan
350 gm parutan kelapa muda
1 helai daun pandan
1 sudu besar marjerin
1 sudu kecil esen vanila
CARA PENYEDIAAN :
- Masukkan santan ke dalam periuk bersama sedikit garam dan gula, adun sehingga mendidih.
- Masukkan daun pandan dan digaul hingga kental. Ketepikan.
- Ambil satu bekas yang besar masukkan tepung pulut, esen vanila, marjerin dan parutan kelapa muda. Gaul semua bahan hingga rata dan masukkan sedikit demi sedikit santan.
- Sediakan loyang dan alas terlebih dahulu dengan daun pisang atau kertas minyak, panaskan ketuhar pada suhu 170⁰C.

Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini.
Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR.
Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

