SEMPENA aidilfitri kali ini, Adabi sajikan hidangan cita rasa diraja menu istimewa yang cukup bermakna buat seisi keluarga iaitu laksa Johor yang disediakan oleh Chef Fikri Aznan.

Spageti Adabi menjadikan laksa Johor berbeza daripada laksa-laksa yang sedia ada. Tekstur spageti lebih pejal, anjal, tidak mudah kembang, tidak patah atau lembik. Di sebabkan itu, spageti Adabi adalah pilihan terbaik dalam penyediaan laksa Johor.

Namun ada cerita di sebalik keenakan laksa Johor ini. Laksa Johor dikatakan mendapat inspirasi luar sejak zaman pemerintahan Kesultanan Abu Bakar yang suatu ketika dahulu mempunyai hubungan dengan Barat.

Penggunaan spageti melambangkan gabungan budaya luar dan cita rasa tempatan. Ia mencipta identiti sendiri sebagai masakan warisan Johor dan hari ini laksa Johor, merupakan hidangan istimewa dan eksklusif.
LAKSA JOHOR
BAHAN-BAHAN
1 paket Spageti Adabi
250 ml Santan Kelapa Adabi
1 kg ikan tenggiri – kisar
1000 ml air kisaran ikan
1 Kiub Pati Ikan Bilis Adabi
1 sudu besar Kerisik Aqsa
2 sudu besar Rempah Kari Ikan Adabi
2 sudu besar Serbuk Cili Adabi
Minyak masak untuk menumis
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 batang serai
3 cm halia
3 cm lengkuas
3 sudu besar udang kering
BAHAN SAYURAN
1 batang timun – hiris halus
8 tangkai kacang Panjang
250 gm taugeh
5 biji limau kasturi
5 tangkai daun kesum
2 sudu besar sambal belacan
CARA PENYEDIAAN :
- Rebus spageti sehingga lembut. Angkat dan asingkan.
- Untuk Membuat Kuah : Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan naik wangi.
- Masukkan Rempah Kari Ikan Adabi dan Serbuk Cili Adabi, tumis lagi sehingga sebati.
- Masukkan ikan tenggiri dan Santan Adabi. Tuangkan air secukupnya, masukkan Kerisik Adabi, Kiub Pati Ikan Bilis Adabi dan sebatikan rasa garam.
- Letakkan spageti di dalam pinggan, hiaskan dengan bahan sayuran, sambal belacan dan tuangkan kuah laksa. Hidangkan mengikut kreativiti anda.

Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini.
Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR.
Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

