Beberapa serangan berlaku di sektor tanggungjawab MALBATT, semua anggota selamat

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pertahanan memaklumkan bahawa kesemua anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 yang sedang melaksanakan penugasan di selatan Lubnan berada dalam keadaan selamat.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, situasi keselamatan di kawasan tanggungjawab Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) serta MALBATT 850-13 di selatan Lubnan menunjukkan peningkatan aktiviti ketenteraan antara Israel Defense Forces (IDF) dan Hezbollah. 

Jelas beliau, tentera Israel dilaporkan memasuki beberapa kawasan di Lubnan, manakala beberapa serangan turut direkodkan berhampiran sektor tanggungjawab MALBATT.

“Sehubungan itu, langkah perlindungan pasukan (force protection) telah dipertingkat selaras dengan tahap waspada semasa. 

“Pada masa ini, tiada keperluan untuk melaksanakan evakuasi kerana keadaan masih terkawal,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, MALBATT 850-13 kekal pada tahap kesiapsiagaan tertinggi dan bersedia mengaktifkan pelan kontigensi termasuk pemindahan kecemasan sekiranya diperlukan. 

Katanya, Kementerian Pertahanan melalui Markas Angkatan Bersama terus memantau perkembangan situasi secara rapat dengan kerjasama UNIFIL serta agensi berkaitan. 

Tegas beliau, keselamatan setiap anggota Angkatan Tentera Malaysia sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This