Zamri Vinoth mengaku tak bersalah keluar kenyataan timbulkan kegentaran awam

Dari Penulis

PENYELARAS Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), Zamri Vinoth mengaku tak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.

Pendakwah bebas itu meminta dibicarakan atas kesalahan mengeluarkan kenyataan berhubung perhimpunan di hadapan sebuah kompleks beli-belah di ibu negara bulan lalu.

Sebelum itu, Zamri Vinoth yang memakai kot berwarna biru dan berseluar hitam tiba di perkarangan kompleks mahkamah dalam keadaan tangan bergari pada pukul 9.10 pagi.

Beliau kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacarakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Faezahnoor Hassan.

Zamri Vinoth, 42, didakwa mengeluarkan kenyataan yang berpotensi menimbulkan kegentaran awam sehingga boleh mendorong orang ramai melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam, pada jam 12.23 tengah hari, 3 Februari lalu.

Dia menghadapi tuduhan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang jika disabitkan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau dengan kedua duanya sekali.

Kenyataan itu didakwa dibuat di laman Facebook “Zamri Vinoth” yang mana ia telah dilihat dan didengar oleh SThiyagaraj di Restoran Nasi Kandar Kudu, Jalan Tunku Abdul Rahman, dalam Daerah Dang Wangi.

Media sebelum ini melaporkan, siasatan terhadap penceramah bebas itu berhubung kenyataannya pada perhimpunan itu pada 7 Februari lalu dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

AGC kemudian mengeluarkan arahan pertuduhan membabitkan Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.

Semalam, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail mengesahkan Zamri Vinoth merupakan seorang daripada empat individu yang akan didakwa di mahkamah atas kenyataan dan tindakan yang mencetuskan provokasi berkaitan agama serta perkauman.

Selain Zamri, aktivis, Tamim Dahri dilapor akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Langkawi; Arun Dorasamy dituduh di Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinang manakala Mahendra Boopathy di Mahkamah Majistret Seremban.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Demi semak, imbang peranan MCA sentiasa releven

MESKIPUN dikatakan hampir kesemua pengundi Cina memilih untuk tidak mengundi MCA pada pilihan raya umum yang lepas, namun kewujudan...

More Articles Like This