Kes gugat ketenteraman awam, Zamri Vinoth direman dua hari

Dari Penulis

PENDAKWAH bebas, Zamri Vinoth dilapor direman selama dua hari bagi membantu siasatan mengenai kes menggugat ketenteraman awam dan menghina agama di Facebook.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan, Zamri ditahan bagi siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998.

“Perintah reman dikeluarkan Majistret Ana Rozana Mohd Nor di Mahkamah Kangar, Perlis, kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

“Suspek direman dua hari bermula hari ini sehingga esok,” katanya.

Semalam, media melaporkan Zamri, 41, telah ditahan di Taman Melati Indah, Beseri, Kangar, Perlis dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar.

Baca artikel lain: Polis tahan Zamri Vinoth selepas disyaki gugat ketenteraman awam

Menurut Razarudin, penceramah bebas itu ditahan berikutan laporan polis yang diterima semalam di IPD Dang Wangi mengenai hantaran yang dibuat penceramah itu berhubung penempatan semula tapak baharu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman.

Polis turut merampas sebuah telefon bimbit jenis Vivo bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Pengadu mendapati komen yang dibuat di media sosial mengenai hasil rundingan berkenaan penempatan semula tapak baru kuil tersebut.

“Pengadu meminta polis menyiasat penceramah bebas itu di atas komen yang mengandungi unsur hasutan dan mencemarkan agama Hindu,” kata Razarudin.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This