Komitmen salur gaji dan elaun terus konsisten, Ramanan kongsi rezeki bersama rakyat di Sungai Buloh

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KOMITMEN Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan menyalurkan keseluruhan gaji dan elaunnya bagi membantu masyarakat terutama di Sungai Buloh terus konsisten.

Inisiatif tersebut diteruskan dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan serta menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Sejak dilantik sebagai Ahli Parlimen Sungai Buloh selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Ramanan secara konsisten menunaikan komitmen yang pernah dizahirkan kepada pengundi iaitu mengembalikan keseluruhan pendapatan kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Bagi tahun ini sahaja, sebanyak RM65,200 telah disalurkan melibatkan sumbangan kepada masjid, surau, tokong, kuil dan gereja selain infak Jumaat serta infak khas sepanjang bulan Ramadan.

Secara keseluruha, jumlah sumbangan daripada gaji dan elaun Ramanan sehingga kini telah pun mencecah hampir RM800,000.

Ramanan menyifatkan inisiatif tersebut mencerminkan kesinambungan usaha serta pemenuhan janji yang dibuat kepada rakyat pada PRU-15.

Menurut Ramanan, setiap sumbangan yang disalurkan bukan sekadar angka, sebaliknya mencerminkan amanah yang perlu dipikul sebagai wakil rakyat.

“Ini bukan soal jumlah, tetapi soal tanggungjawab. Apa yang dijanjikan sebelum ini perlu diterjemahkan melalui tindakan yang konsisten,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi tahun ini sahaja, sebanyak RM65,200 telah disalurkan Ramanan melibatkan sumbangan kepada masjid, surau, tokong, kuil dan gereja selain infak Jumaat serta infak khas sepanjang bulan Ramadan.

Pelbagai inisiatif sempena Ramadan, Aidilfitri

Sementara itu, Ramanan yang juga Naib Presiden PKR memberitahu sebanyak 10,000 agihan bubur lambuk turut dilaksanakan di seluruh kawasan Parlimen Sungai Buloh tahun ini dalam usaha menyemarakkan lagi semangat Ramadan.

Beliau berkata, program yang kini memasuki tahun keempat penganjuran itu menjadi antara inisiatif berterusan dalam berkongsi rezeki serta mendekati masyarakat setempat.

Katanya, siri agihan bubur lambuk itu bukan sahaja mendapat sambutan menggalakkan masyarakat, malah menonjolkan nilai kebersamaan dan keprihatinan yang terus dipupuk saban tahun khususnya dalam bulan yang penuh keberkatan ini.

Sebanyak 3,350 bakul makanan diagihkan kepada keluarga B40 sempena Aidilfitri

Sempena Aidilfitri, Ramanan memberitahu, sebanyak 3,350 bakul makanan turut diagihkan kepada keluarga berpendapatan rendah (B40) bagi membantu meringankan beban kos sara hidup serta membolehkan mereka membuat persiapan perayaan dengan lebih sempurna.

Ramanan menegaskan bahawa kekuatan sesebuah masyarakat terletak pada nilai kebersamaan dan keprihatinan, khususnya dalam mendepani cabaran semasa.

“Ramadan mengajar kita erti empati dan ihsan. Jika kita berada dalam kedudukan untuk membantu, maka menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan tiada yang terpinggir,” katanya.

Selain itu, pelbagai program Ihya’ Ramadan turut dilaksanakan melalui Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh dengan kerjasama agensi kerajaan, melibatkan peruntukan sebanyak RM80,350.

Program tersebut merangkumi penyediaan juadah berbuka puasa, bantuan kepada golongan memerlukan serta inisiatif mendekati rakyat di peringkat akar umbi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This