Anwar perlu nilai semula kedudukan Kulasegaran sebagai Timbalan Menteri

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakanย wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menilai semula kedudukan M. Kulasegaran sebagai Tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi).

Itu penegasan ๐“๐ข๐ฆ๐›๐š๐ฅ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐๐ž๐ฆ๐ฎ๐๐š ๐Œ๐‚๐€, Mike Chong Yew Chuan berhubung isu Kulasegaran hadir ke mahkamah bagi prosiding melibatkan Orang Kena Tuduh (OKT), baru-baru ini.

Menurut Yew Chuan, tindakan Kulasegaran itu  merupakan sesuatu yang amat jarang berlaku, malah belum pernah menjadi amalan sebelum ini. 

Katanya, walaupun Kulasegaran menyatakan beliau sekadar ‘singgah’, namun kenyataan itu bercanggah dengan pengakuan Arun Dorasamy yang mendakwa Kulasegaran datang ‘mengiringiโ€’ sekaligus menimbulkan persepsi yang kurang baik di mata umum. 

“Perbuatan Kulasegaran ini tidak sepatutnya dicontohi oleh mana-mana anggota eksekutif kerajaan semasa kini mahu pun di masa hadapan. 

“Jika dikemudian hari ada Timbalan Menteri yang jaga undang-undang dari parti A secara terbuka menyokong OKT dari parti A, juga harus ditentang,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Yew Chuan berkata, kedudukan Kulasegaran sebagai Timbalan Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang dan reformasi institusi menuntut tahap kepekaan dan profesionalisme yang tinggi, khususnya dalam menghormati prinsip pengasingan kuasa antara eksekutif dan badan kehakiman.

Katanya, tindakan itu juga berpotensi mencetuskan persepsi campur tangan atau tekanan tidak langsung terhadap proses perundangan.

Beliau berkata, integriti institusi negara tidak boleh dikompromi, dan setiap pemegang jawatan perlu memahami serta menghormati batas peranan masing-masing.


Jadikan UtusanTV โ€˜shortcutโ€™ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layariย utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik โ€˜Add to Homescreenโ€™

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami diย TikTok,ย Facebook,ย Twitter,ย Instagramย &ย Telegram

Berkaitan

Wanita ditahan selepas benarkan anak keluar kepala melalui sunroof

SEORANG wanita ditahan selepas membenarkan dua anak perempuannya mengeluarkan kepala melalui bumbung bukaan atau sunroof ketika kereta sedang bergerak,...

More Articles Like This