Acara ‘Tidur Lambak’ dibimbangi potensi ikhtilat, bercanggah syarak

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENGANJURAN acara ‘Tidur Lambak’ dibimbangi berpotensi berlaku ikhtilat atau percampuran antara lelaki dan perempuan bukan mahram yang dilakukan secara pilihan boleh mengundang sesuatu yang bercanggah dengan syarak.

Justeru, Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk) dalam kenyataan menasihatkan supaya acara yang dianjurkan oleh Tapir Studio itu diperhalusi semula pelaksanaannya.

Pada masa sama, JMNPk turut meminta penganjur meminta pihak berautoriti terlebih dahulu sebelum penganjuran berlangsung.

Katanya, jabatan mufti dan jabatan agama Islam negeri-negeri wajar dirujuk agar matlamat sesuatu acara itu tercapai dengan jayanya menerusi aktiviti-aktiviti yang patuh syarak serta mengangkat nilai kemuliaan manusiawi itu sendiri.

Menurut JMNPk, antara perkara lain yang bakal terhasil sewaktu berlakunya percampuran termasuk kesukaran memelihara pandangan, tersingkap batasan aurat, sentuhan dengan bukan mahran serta perkara-perkara lain yang bercanggah dengan syarak yang amat perlu dielakkan.

“Jabatan ini secara dasarnya tidak membantah secara keseluruhan aktiviti-aktiviti yang dirangka, namun berpandangan bahawa acara sedemikian perlu kepada penelitian yang saksama dengan merujuk kepada elemen syarak dan adat Melayu.

“…agar pelaksanaannya tidak mengundang fitnah terhadap agama Islam serta mengkesampingkan kehalusan nilai, akhlak dan budaya umat Melayu.

“Beraktiviti atau berekreasi bagi menyegarkan ingatan serta bernostalgia tidaklah ditegah secara mutlak, namun perlu akur dan tunduk kepada panduan syarak yang memandu kehidupan manusia agar terselamat di dunia dan akhirat,” katanya dalam kenyataan.

Implementasi syarak untuk kemaslahatan manusia

Mengulas lanjut, JMNPk menyifatkan implementasi syarak dalam seluruh dimensi kehidupan bermatlamat untuk kemaslahatan manusia sendiri.

Jabatan itu menjelaskan, hal ini tercakup juga dalam sebarang penganjuran acara dan program yang melibatkan individu dan keluarga muslim khususnya serta masyarakat amnya.

“Bukan tujuan beragama untuk menyempitkan wewenang kehidupan seseorang dan memutuskan hubungan sosial sesama manusia.

“Namun, ia sebagai penyelamat kepada diri manusia itu sendiri daripada kehinaan dan kerosakan nilai harga diri manusiawi,” katanya.

Acara ‘Tidur Lambak’ yang dianjurkan oleh Tapir Studio di Ipoh, Perak selama dua hari bermula 27 Mac ini berkonsepkan tidur beramai-ramai secara santai, diinspirasikan daripada pengalaman budaya masyarakat Malaysia seperti suasana pulang ke kampung.

Penganjuran program itu bertujuan menghidupkan semula nostalgia budaya lama dengan sentuhan moden di samping menggalakkan interaksi sosial dalam suasana santai dan artistik.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar perempuan Tingkatan Empat maut terjatuh bangunan sekolah di Sendayan

SEORANG pelajar perempuan Tingkatan Empat maut selepas dipercayai terjatuh dari bangunan sebuah sekolah menengah di Sendayan, Seremban, hari ini. Ketua...

More Articles Like This