100 hari Ramanan, KESUMA pastikan setiap dasar beri impak langsung pada rakyat

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

GENAP 100 hari memegang portfolio Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan menyifatkan fokus utama Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) adalah memastikan setiap dasar yang dilaksanakan memberi impak langsung kepada rakyat.

Menurut Ramanan, dasar yang dibawa KESUMA itu khususnya dalam aspek perlindungan sosial, pembangunan kemahiran dan kebajikan pekerja.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh menegaskan komitmen berterusan kementerian dalam memperkukuh tenaga kerja negara selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, antara usaha utama yang telah berjaya ialah membawa Skim Lindung 24/7 kepada pekerja di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ke ‘garisan penamat’ di Parlimen yang bakal memberi manfaat kepada hampir 10 juta pekerja formal di seluruh negara.

Ramanan berkata, langkah itu merupakan pembaharuan signifikan dalam memperluas jaringan keselamatan sosial negara sekali gus memastikan pekerja dilindungi tanpa mengira waktu bekerja.

“KESUMA kini berada di peringkat akhir untuk membentangkan kepada Kabinet cadangan memperkenalkan Skim Pengembara di bawah PERKESO yang bakal memberi perlindungan sosial kepada lebih 400,000 rakyat Malaysia yang berulang-alik bekerja di Singapura.

“Selain itu, KESUMA juga sedang dalam peringkat akhir kajian untuk memperluas perlindungan sosial kepada golongan ibu bersalin sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memperkukuh jaringan keselamatan sosial.

“Dalam tempoh singkat ini, kita memberi keutamaan kepada inisiatif yang bersifat menyeluruh dan jangka panjang, bukan sekadar penyelesaian sementara,” katanya.

Dalam sektor pelancongan, kementerian turut melaksanakan inisiatif proaktif dengan menawarkan latihan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (SITI) secara percuma kepada 10,000 pekerja industri pelancongan bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Dalam usaha memperkukuh kebajikan bekas anggota keselamatan, PERKESO turut memeterai memorandum persefahaman bersama PERHEBAT dan Jabatan Hal Ehwal Veteran bagi membangunkan ekosistem bersepadu untuk veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Melalui kerjasama itu, seramai 5,000 veteran disasarkan menerima penempatan pekerjaan menerusi Program LINDUNG Kerjaya MYFutureJobs Wira menjelang 2030.

Beri tumpuan kepada pembangunan bakat

Mengulas lanjut, Ramanan berkata KESUMA turut memberi tumpuan kepada pembangunan bakat melalui pelaksanaan program Upskilling dan Reskilling di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM) melalui ADTEC yang dijangka memberi manfaat kepada 90,000 individu.

“Inisiatif ini penting bagi memastikan tenaga kerja negara kekal relevan dan matlamat kita bukan sekadar menyediakan peluang pekerjaan, tetapi memastikan veteran ATM memperoleh pendapatan bermaruah setaraf kepakaran serta disiplin tinggi yang mereka miliki,” katanya.

Dalam pada itu, Ramanan turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas pengumuman peruntukan RM100 juta bagi pembiayaan latihan kemahiran pekerja gig melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), yang menurutnya mencerminkan pengiktirafan kerajaan terhadap sektor ekonomi gig.

Selain itu, Program Kemahiran VETRI MADANI 2026 yang dilancarkan oleh beliau menjadi antara inisiatif berimpak tinggi dalam memperkasa komuniti. Program bernilai RM10 juta dengan sokongan HRD Corp serta kerjasama TalentCorp itu menyasarkan komuniti India daripada golongan B40 melalui latihan kemahiran teknikal, kecerdasan buatan (AI) dan kejuruteraan, di samping penempatan pekerjaan.

Ahli Parlimen Sungai Buloh itu turut menegaskan bahawa segala inisiatif yang dilaksanakan dalam tempoh 100 hari ini mencerminkan kesungguhan kerajaan dalam memastikan kesejahteraan pekerja terus menjadi agenda utama negara.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This