‘Jika majoriti sertai Bersatu, perpecahan Melayu tak berlaku’, Tun M nafi punca perpecahan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

“JIKA majoriti mereka sertai Bersatu, maka perpecahan dalam kalangan orang Melayu tidak akan berlaku.”

Demikian kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membalas dakwaan kononnya beliau menjadi punca perpecahan orang Melayu.

Dalam hantaran di Facebook, Dr Mahathir menegaskan beliau keluar dari UMNO untuk menubuhkan parti Melayu supaya mereka yang kecewa dengan UMNO di bawah Datuk Seri Najib Razak kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beliau berkata, ia sekali gus mengekalkan orang Melayu dalam satu parti bagi menggantikan UMNO.

Bagaimanapun, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu mendakwa, ramai orang Melayu memilih untuk terus kekal dalam UMNO.

Katanya, beliau mengambil keputusan keluar dari UMNO kerana parti itu telah menyeleweng dengan ‘berjuang’ untuk wang, bukan lagi untuk bangsa, negara dan agama.

“Ramai yang tuduh saya memecah-belah orang Melayu. Apabila UMNO tukar haluan dan berjuang untuk memperkayai diri, saya tidak lagi dapat bersama UMNO.

“Saya keluar untuk tubuh parti ganti UMNO tetapi ramai ahli UMNO pilih untuk terus dengan UMNO.

“Jadi, Bersatu tidak dapat ganti UMNO sebagai parti Melayu yang perjuangkan bangsa, negara dan agama. Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Bersatu cuma menang 13 kerusi.

“Maka, berlakulah perpecahan dalam kalangan orang Meayu kerana sokongan kepada UMNO diteruskan. Ya, ini bermakna perpecahan dalam kalangan orang Melayu,” katanya dalam hantaran tersebut hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, perpecahan dalam kalangan orang Melayu akan terus berlaku walaupun Bersatu tidak ditubuhkan.

Dakwa beliau, ini kerana terdapat beberapa parti politik lain yang telah ditubuhkan.

Pada masa sama, Dr Mahathir berkata, ramai ahli terus kekal berada dalam UMNO tidak kira perubahan perjuangan parti tersebut.

Beliau berkata, daripada parti kebangsaan, UMNO kini telah menjadi parti untuk mendapat kekayaan.

“UMNO menang lawan British dahulu bukan kerana namanya UMNO. Kemenangan orang Melayu dahulu kerana mereka bersatu dalam UMNO.

“Jika pada masa itu banyak parti ditubuh, maka orang Melayu akan berpecah. Mereka tidak mungkin kalahkan British.

“Hari ini pun bukan parti UMNO yang memberi kekuatan kepada orang Melayu. Yang memberi kekuatan ialah perpaduan.

“Sebab itu Payung Besar ditubuh supaya semua orang Melayu berada dalam satu organisasi dan mereka mungkin menang PRU,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Puad Zarkashi sah tidak pertahan DUN Rengit, beri laluan kepada pemimpin muda

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan...

More Articles Like This