Pelajar Tingkatan Tiga maut selepas buat aksi wheelie

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG pelajar Tingkatan Tiga maut apabila motosikal ditunggang hilang kawalan selepas melakukan aksi mengangkat tayar hadapan atau wheelie dalam kejadian di Kampung Pelong, Sungai Tong, Setiu, semalam.

Kejadian itu berlaku selepas motosikal ditunggang mangsa merempuh motosikal rakannya dalam kemalangan pada pukul 6.45 petang itu.

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Mohd Zain Mat Dris memaklumkan, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda C100 dipercayai telah melakukan aksi wheelie.

Menurut beliau, motosikal ditunggang mangsa kemudian telah melanggar bahagian belakang motosikal Yamaha Y15ZR ditunggang rakan sekolahnya berusia 15 tahun.

Katanya, kedua-dua mangsa telah terjatuh ke atas jalan raya akibat pelanggaran tersebut.

“Sebuah motosikal yang ditunggang rakan mereka berusia 14 tahun yang berada di belakang pula gagal mengelak lalu terlanggar kepala mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Zain berkata, mangsa telah dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Tong untuk menerima rawatan.

Bagaimanapun, kata beliau, mangsa telah disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk proses bedah siasat.

“Polis menasihati golongan remaja agar tidak melakukan aksi membahayakan diri dan orang ramai serta ibu bapa juga perlu memantau anak masing-masing supaya tidak menggunakan kenderaan tanpa lesen,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut selepas terjatuh ketika mandi di kediamannya

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika mandi di bilik air kediamannya di Taman...

More Articles Like This