Tun M bidas AS, dakwa pemimpin golongan tak bertamadun

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa sedih dengan tindakan tidak bertamadun Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya yang mahu memusnahkan Iran.

Jelasnya, buat pertama kali dalam sejarah umat manusia mendengar ancaman untuk memusnahkan sepenuhnya tamadun yang sudah berusia 3,000 tahun.

“Ancaman dibuat oleh tamadun moden yang hampir 300 tahun. Jika ada, ia mendedahkan kualiti orang yang membuat ancaman.

“Mereka benar-benar tidak beradab. Dalam tamadun manusia sentiasa ada budaya yang menghormati tamadun lama. Yang lama harus dipelihara.

“Pemusnahan peninggalan menunjukkan kualiti tamadun yang buruk. Mencadang untuk memusnahkan sepenuhnya tamadun berusia 3,000 tahun menunjukkan tamadun miskin orang yang membuat cadangan itu,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Tegas beliau, ancaman untuk memusnahkan sama sekali tamadun sangat lama mendedahkan tahap ketamadunan orang yang membuat ancaman.

“Mereka sebenarnya adalah golongan yang tidak bertamadun,” kata pemimpin veteran tersebut yang terkenal dengan kelantangan bersuara membela nasib umat Islam.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar ditikam di Banting: Fadhlina tinjau lokasi, mohon jangan sebar berita palsu

ORANG ramai diminta tidak menyebarkan berita palsu atau merekayasa fitnah berhubung kejadian seorang pelajar ditikam rakannya dalam kejadian di...

More Articles Like This