SUASANA di Courtyard by Marriott Setia Alam semalam bertukar menjadi lautan kegembiraan dan inspirasi apabila lebih 600 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 diraikan dalam satu majlis penuh prestij.
Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Eskayvie Mindtropic 2026 bukan sekadar acara penyampaian trofi biasa, tetapi ia merupakan pengiktirafan buat ‘permata’ negara yang telah membuktikan bahawa usaha keras dan sokongan nutrisi minda yang tepat adalah kunci kejayaan.
Apa yang menarik perhatian, majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Duta Eskayvie yang juga legenda pengacaraan, Datuk Aznil Hj Nawawi atau lebih mesra disapa Pak Nil.Â
Kehadiran beliau bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, nyata menambah seri dan memberikan suntikan semangat luar biasa buat para pelajar serta ibu bapa yang hadir dari seluruh pelosok tanah air.
Kedua-dua ikon ini menjadi simbolik kepada kepentingan komunikasi, keyakinan diri dan kecerdasan minda, nilai yang cuba diterapkan oleh Eskayvie melalui kempen “Booster Minda: Serlahkan Potensi Anak Anda.”
Pengarah Urusannya, Dr. Kartika Wati Mohamed, menegaskan bahawa kecemerlangan akademik bukanlah satu-satunya kayu ukur masa depan.Â

Sebaliknya, pembentukan karakter dan daya tahan bermula dari akar umbi iaitu di rumah.
“Potensi anak tidak hanya dibina di dalam bilik darjah.
“Ia sebenarnya bermula dari rumah menerusi pemakanan seimbang, sokongan emosi yang konsisten, serta persekitaran belajar yang tenang.
“Keyakinan yang dibina hari demi hari inilah yang akan membentuk mereka menjadi insan sejahtera apabila dewasa kelak,” katanya.
Beliau turut menambah bahawa pendekatan ini selari dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035, yang mahu melahirkan murid yang bukan sahaja berilmu, tetapi mempunyai adab dan keyakinan diri yang tinggi.
Dalam pada itu, Ketua Penyelidikan & Inovasi yang juga Pengarah Eksekutif Eskayvie, Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, mendedahkan cabaran sebenar pelajar zaman sekarang.Â
Menurutnya, isu seperti mudah letih dan hilang fokus sering kali disalah tafsir sebagai kurang usaha.
“Ramai anak-anak hari ini sukar memberi tumpuan bukan kerana malas, tetapi kerana otak tidak mendapat sokongan nutrisi minda yang optimum.
“Kita perlu sediakan asas yang lengkap daripada nutrisi tepat sehinggalah rutin harian yang konsisten untuk memastikan mereka mampu bersaing dalam dunia yang kian mencabar,” jelasnya.
Majlis penuh emosi itu menyaksikan penganugerahan dalam dua kategori utama:
- Kategori Pelajar Semua A: Menghargai dedikasi mereka yang mencapai keputusan tertinggi.
- Kategori Peningkatan Cemerlang: Memberi penghormatan kepada pelajar yang menunjukkan transformasi luar biasa dalam pencapaian mereka.
Bagi Eskayvie, pelaburan terbaik ibu bapa adalah pada perkembangan minda anak-anak secara optimum.
Dengan kejayaan penganjuran majlis ini, Eskayvie terus memperkukuh posisinya bukan sekadar jenama kesihatan, tetapi sebagai rakan strategik dalam membina masa depan generasi muda Malaysia yang lebih cerdas dan berdaya saing.

