Bekalan bahan api di stesen Petronas terjamin hingga akhir Jun

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PETROLIAM Nasional Berhad (Petronas) mengesahkan bekalan bahan api di seluruh rangkaian stesen minyak miliknya di serata negara terjamin sehingga akhir bulan Jun depan.

Perkara itu disahkan Petronas dalam kenyataan lanjutan daripada unjuran awal bahawa bekalan dapat bertahan hingga akhir Mei.

Pada masa sama, Petronas memaklumkan, pihaknya terus aktif menguruskan rantaian bekalan bahan api bagi memastikan stok yang mencukupi di seluruh rangkaian stesennya.

Katanya, ia susulan krisis tenaga global semasa yang timbul akibat konflik di Asia Barat.

“Petronas membekalkan kira-kira 50 peratus daripada keperluan bahan api negara melalui anak syarikat tersenarai awamnya, Petronas Dagangan Berhad.

“Bakinya dibekalkan oleh syarikat minyak lain yang beroperasi di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Petronas turut mengulangi komitmen dalam memastikan bekalan yang stabil dan boleh diharapkan untuk semua rakyat Malaysia.

“Orang ramai digalakkan untuk membeli bahan api secara bertanggungjawab mengikut keperluan harian mereka.

“Selain itu, orang ramai diharapkan mengelak daripada sebarang tindakan pembelian panik,” jelasnya.

Penggunaan secara bertanggungjawab itu akan turut memastikan semua mendapat akses bekalan berkenaan secara berterusan.

Pada 1 April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Petronas sedang membantu kerajaan dalam pembekalan minyak serta gas yang mencukupi sekurang-kurangnya hingga Mei depan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pelantikan warden veteran tentera di MRSM tiada kaitan drama Korea

PELANTIKAN warden dalam kalangan veteran tentera di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tiada kaitan dengan drama Korea yang sedang...

More Articles Like This