Bekal diesel ke Filipina: Petronas nafi terlibat, tidak meterai sebarang perjanjian

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PETROLIAM Nasional Bhd (Petronas) menafikan dakwaan kononnya terlibat dalam laporan berita bahawa syarikat itu menghantar bekalan diesel dari Malaysia ke Filipina.

Perkara berkenaan dinafikan syarikat minyak dan gas nasional dalam kenyataan ringkas.

Menurut Petronas, pihaknya tidak pernah memasuki sebarang perjanjian berhubung perkara itu dengan mana-mana pihak di Filipina.

Petronas menegaskan, keutamaan syarikat itu ketika ini adalah untuk memastikan bekalan bahan api yang stabil dan berterusan untuk Malaysia.

Pada masa sama, Petronas turut menjelaskan bekerjasama rapat dengan kerajaan dan pihak berkepentingan yang berkaitan.

“Petronas merujuk kepada laporan media baru-baru ini mengenai bekalan diesel dari Malaysia ke Filipina.

“Syarikat ingin menjelaskan bahawa ia tidak pernah memasuki sebarang perjanjian sedemikian dengan mana-mana pihak di Filipina,” katanya.

Terdahulu, Perkhidmatan Berita Filipina (PNA), agensi berita kerajaan Filipina, melaporkan kira-kira 329,000 tong atau 52.311 juta liter diesel dari Malaysia telah dihantar ke negara itu.

Ketibaan penghantaran kedua diesel diperoleh kerajaan itu menyusuli bekalan pertama sebanyak 142,000 tong atau 22.578 juta liter dari Jepun pada 26 Mac.

Ia selaras arahan Presiden Ferdinand Marcos Jr, di bawah Perintah Eksekutif 110 bagi memastikan bekalan minyak yang stabil dan mencukupi ketika ketidaktentuan pasaran luar meningkat.

Setiausaha Jabatan Tenaga Filipina, Sharon Garin, berkata ketibaan penghantaran itu mencerminkan usaha berterusan kerajaan untuk memperkukuh bekalan domestik ketika ketegangan di rantau Teluk terus memuncak.

“Penghantaran terbaharu ini terus mengukuhkan kedudukan bekalan kita pada ketika risiko luaran masih wujud dan situasi di Timur Tengah terus berkembang,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pegawai polis ditemukan meninggal dunia dalam bilik tidur

SEORANG pegawai polis ditemukan meninggal dunia dalam bilik tidur utama di kediamannya di Jalan Kampung Nangka, Kuching, petang semalam. Ketua...

More Articles Like This