PM menghadap Agong, beri maklum perihal terkini seputar hal ehwal negara

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Johor hari ini.

Anwar berkata, dalam sesi menghadap, beliau memberi maklum perihal terkini seputar hal ehwal negara dan juga luar negara serta tindakan yang akan diambil.

“Saya sentuh mengenai pelbagai perkara melibatkan perjalanan pentadbiran negara dan langkah yang diambil, terutamanya dalam mendepani kemelut global yang turut mengesankan negara dan rakyat.

“Insya-Allah, kerajaan akan terus bekerja bagi memastikan kebajikan rakyat diperkasa dan negara kekal aman dan makmur,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Menerusi hantaran lain, Perdana Menteri turut menghadap Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Dalam sesi tersebut, Tunku Mahkota Ismail dan Anwar saling bertukar pandangan dalam isu melibatkan kepentingan negara serta negeri Johor, selain memberi maklum usaha dan tindakan kerajaan dalam mendepani kemelut global saat ini.

“Kerajaan sesungguhnya akan terus bekerja memastikan rakyat dilindungi dan negara kekal aman dan stabil, Insya-Allah,” katanya lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Iran hargai pendirian konsisten Malaysia sokong perjuangan umat Islam

IRAN menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia atas pendirian yang konsisten dalam menyuarakan sokongan terhadap perjuangan umat Islam. Penghargaan itu dinyatakan...

More Articles Like This