Jangan terpedaya janji kaya segera! Felai FX dedah rahsia di sebalik tabir ‘trader gelap’

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

INDUSTRI perfileman tanah air bakal disajikan dengan sebuah karya berani yang mengangkat realiti jenayah kewangan menerusi filem terbaharu, Felai FX: Trader Gelap – Apa Mau Takut.

Bakal menemui penonton bermula 30 April ini, filem terbitan Teguh Setanding dengan sokongan Ampmoves Sdn. Bhd itu mendedahkan mekanisma sindiket perdagangan haram yang sering memperdaya mangsa dengan janji kekayaan segera.

Bukan sekadar sebuah naskhah aksi thriller, filem ini membawa nilai sentimental yang cukup tinggi apabila ia merupakan penampilan terakhir pelakon veteran tersohor, Dharma Harun Al Rashid, sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Penerbitan filem ini disifatkan sebagai satu penghormatan penuh emosi buat legasi seni Dharma.

Terdahulu, satu tayangan khas amal telah dianjurkan oleh Ampmoves Sdn. Bhd. ketika seniman itu berada dalam fasa getir kesihatannya, sekali gus menjadikan projek ini sebuah naskhah yang sarat dengan nilai kemanusiaan.

Pengarah filem, Zamri Zakaria menjelaskan bahawa plot penceritaan Felai FX diinspirasikan daripada rentetan kes penipuan pelaburan (scam) forex yang tular sekitar 2023 hingga 2024.

“Ketika itu, fenomena penipuan forex sangat berleluasa dan ramai masyarakat yang terkesan.

“Jadi, kami terpanggil untuk menghasilkan sebuah naskhah yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi membawa mesej kesedaran yang jelas.

“Malah, kami turut menyelitkan elemen keagamaan bagi memberi pemahaman tentang hukum serta implikasi aktiviti haram tersebut,” katanya.

Bagi memastikan kualiti visual berada pada tahap tertinggi, produksi ini mempertaruhkan sentuhan pengarah fotografi berpengalaman dari United Kingdom, Mike Muschamp.

Kehadiran kepakaran luar negara ini memberikan dimensi sinematografi bertaraf dunia yang dijangka mampu memberikan persaingan kepada naskhah antarabangsa.

Penerbit filem, Richard Ung, menegaskan Felai FX bertindak sebagai cermin kepada realiti yang sedang membarah dalam masyarakat hari ini.

“Filem ini adalah refleksi realiti. Di sebalik dunia pelaburan yang kelihatan sah, wujud rangkaian ‘trader gelap’ yang memanipulasi sistem.

“Kami mahu penonton lebih peka dan berhati-hati terhadap risiko penipuan kewangan yang boleh memusnahkan hidup dalam sekelip mata,” katanya.

Filem ini turut membariskan pelakon berbakat antaranya Isyariana, yang menggalas tanggungjawab berat sebagai watak antagonis (scammer).

Menurut Isyariana, watak tersebut memerlukan dia menyelami psikologi seorang penipu untuk menghidupkan emosi yang tepat.

“Saya perlu memahami cara mereka berfikir dan apa yang mereka rasa apabila memperoleh wang dengan cara menipu.

“Ia merupakan satu cabaran yang sangat berbeza daripada watak-watak yang pernah saya bawakan sebelum ini, namun ia memberi pengalaman yang cukup berharga,” jelasnya.

Felai FX: Trader Gelap – Apa Mau Takut bakal mendedahkan bagaimana seorang individu biasa terpaksa memilih antara jalan singkat untuk kaya atau mempertahankan kebenaran yang pahit.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan naskhah penuh pengajaran ini di pawagam berhampiran anda mulai penghujung April ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hael Husaini, Akim Ahmad & Aisha Retno barisi panel juri Big Stage musim ke-7!

INDUSTRI hiburan tempatan dijangka menerima satu lagi gelombang kebangkitan apabila program realiti nyanyian paling fenomena, Big Stage, kini kembali...

More Articles Like This