JABATAN Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengesan 14 kawasan panas Tahap 1 (Berjaga-jaga) hari ini melibatkan enam buah negeri termasuk Kuala Lumpur.
Jelas jabatan tersebut kawasan berkenaan adalah Perlis, (Kubang Pasu, Pendang, Kota Setar & Padang Terap) Kedah serta (Kuala Kangsar & Hulu Perak) Perak.
Selain (Jeli, Pasir Mas, Tanah Merah & Machang) Kelantan, WP Kuala Lumpur dan (Gombak & Sepang) Selangor.
Pada masa sama, METMalaysia turut mengesan dua kejadian sama di Sabah dan satu di Sarawak iaitu (Beaufort & Telupid) Sabah dan Limbang (Sarawak).
“Tahap berjaga-jaga: Suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut,” katanya menerusi hantaran di media sosial.
Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

