15 kawasan di Semenanjung catat cuaca panas Tahap 1 dan 2

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

STATUS cuaca panas di Padang Terap, Kedah berada pada tahap dua (gelombang haba) dengan suhu maksimum harian antara 37 hingga 40 darjah Celsius.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, sebanyak 14 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada tahap satu (berjaga-jaga).

Menurut MetMalaysia, 14 kawasan itu ialah di seluruh Perlis serta kawasan Baling, Sik, Pendang, Pokok Sena, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda dan Bandar Baharu di Kedah.

“Selain itu, 14 kawasan tersebut turut merangkumi Timur Laut (Pulau Pinang), Hulu Perak dan Kuala Kangsar (Perak), Jerantut (Pahang) dan Rembau (Negeri Sembilan)

“Tahap Gelombang Haba adalah Suhu maksimum harian 37-40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut. 

“Manakala, Tahap Berjaga-Jaga adalah Suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut,” jelas MetMalaysia.

Menurut MetMalaysia, sebarang maklumat terkini mengenai status cuaca panas harian boleh dirujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelan Induk JS-SEZ dilancar suku keempat, pelaksanaan terus rancak

PELAKSANAAN Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berjalan mengikut landasan, dengan Pelan Induk inisiatif itu dijadual dilancarkan secara strategik pada...

More Articles Like This