Dua maut Axia terbabas, rempuh tiang elektrik di Maran

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

DUA individu maut selepas kereta jenis Perodua Axia yang dinaiki terbabas sebelum merempuh tiang elektrik dalam kejadian di jalan besar Jengka 12, Maran, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai memaklumkan, kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 10 malam itu menyebabkan kedua-dua individu tersebut meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut beliau, mangsa dikenal pasti sebagai Mohamad Arif Danial Ramli, 23 yang merupakan pemandu kereta Perodua Axia itu dan rakannya Mohamad Ali Mohamed Saat, 31.

Beliau berkata, Mohamad Arif Danial berasal dari Felda Jengka 22 manakala Mohamad Ali berasal dari Felda Jengka 11.

Katanya, kejadian berlaku ketika kedua-dua lelaki itu dalam perjalanan dari Jengka 13 ke Pusat Bandar Jengka.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku selepas pemandu kereta gagal mengawal kenderaan lalu terbabas ke kiri jalan.

“Susulan itu, kereta berkenaan telah merempuh tiang elektrik sekali gus menyebabkan pemandu dan penumpang meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Kim Wai berkata, mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Jengka untuk proses bedah siasat.

“Polis meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan menyebabkan kemalangan maut,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This