Juruteknik ditemukan maut ditikam berkali-kali

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG juruteknik ditemukan maut selepas dipercayai ditikam berkali-kali dalam sebuah unit pangsapuri di Johor Bahru, malam kelmarin.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat memaklumkan, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 11.12 malam.

Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati lelaki berusia 33 tahun itu ditemukan dalam keadaan terbaring berlumuran darah.

“Mangsa merupakan warga tempatan bekerja sebagai juruteknik telah meninggal dunia kira-kira pukul 10.50 malam.

“Turut ditemui sebilah pisau di sisi mangsa dipercayai digunakan semasa kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Raub memberitahu, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti motif kejadian.

Kata beliau, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun serta dikenakan tidak kurang 12 sebatan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi terus di talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan 07-2182323,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This